Friday, 27 May 2011

AKTIVITI SANTAI SETELAH LELAH MENJAGA EXAM

Setiap guru JSS diberikan tugas 7 kali menjaga macam-macam kertas peperiksaan.... maklumlah dalam JSS ada banyak subjek iaitu PAI, SEJ, SV, RC, PJK, PA, TASA, SVK.... ada Kertas 1 dan Kertas 2... lepas tu tingkatan 4 dan tingkatan 5.... 18 belas kelas X 2....

Dalam bertugas menjaga exam ada pula yang anak masuk hospital... ada yang demam dan MC, ada yang kursus dan ada pula yang bermesyuarat di ibu pejabat.... kalau dah kurang tenaga payah juga nak ke tandas atau nak ke cafe jika tiba-tiba kebuluran melanda.

Dalam pada sibuk2 mengambil kertas soalan untuk ke kelas... hadir la satu orang cikgu dari jabatan lain menawarkan tenaganya... alhamdulillah...

Bagi subjek yang berat, banyak jam dan  terdiri dari Kertas 1 dan Kertas 2 memang berbaloi le bila kawan lain tolong jaga.... tapi kalau subjek yang ringan dan sedikit calonnya sudah pasti lebih banyak jaga kertas orang lain berbanding kertas sendiri.... lebih kasihan adalah konselor yang tidak ada peperiksaan tetapi menjaga subjek orang lain keseluruhannya.... terima kasih buat sepasang konselor TGB yang berlapang hati membantu rakan-rakan menjaga exam....

Bagi melenyapkan lelah dan trauma menjaga paper orang lain... maka kami bersama-sama melontarkan keperitan itu di MITC BOWLING CENTRE..... he... he... he...









Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau