Sunday, 3 July 2011

PELUANG PEKERJAAN

Peluang pekerjaan sering dikaitkan dengan kelulusan atau kemahiran individu bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Namun sejak akhir-akhir ini sering kita mendengar masyarakat merungut tentang masalah rakan sekerja.... masalah layanan buruk yang diterima dari mana-mana organisasi.... dan... macam-macam yang berkaitan 'sumber manusia tidak berkualiti'.

Teringat saya cerita dari seorang anak muda di kampung saya baru-baru ini... ketika dia menjalani temuduga untuk jawatan pembantu vateriner (mcm tu lebih kurang bunyinya) terdapat seorang panel penemuduga dari Jabatan Agama Islam Johor. Dalam hati pemuda itu tertanya-tanya apa kaitan ustaz tu dengan jawatan yang dipohon.

Setelah itu, penjelasan dari pemuda tersebut bahawa ustaz yang menjadi panel penemuduga itu diletakkan khusus untuk soal jawab hal-hal agama. Zaman sekarang soal agama memang ditekankan dalam mencari 'Pekerja Yang Berintegriti' Pekerja yang taat dalam soal agama adalah pekerja yang paling rendah risiko bermasalah di tempat kerja.

Wallahua'lam.....
Taat kepada agama menjamin akhlak murni

No comments:

Post a Comment

Your comments may in English, Malay or Arabic.