Saturday, 8 October 2011

BUDGET MALAYSIA 2012 - GURU

Ramai yang menanti pembentangan budget 2012, masing-masing berada di depan kaca tv atau di samping radio.... aku juga tidak ketinggalan untuk INGIN mengikuti budget tersebut..... sebagai guru sememangnya beranggapan sedang free pada waktu petang. Tetapi aku sibuk dengan keberangkatan Kadet JPAM MRSM TGB ke Kompleks JPAM Ayer Keruh Melaka untuk Kursus Asas JPAM siri 1 Bacth 2011/12. Maka aku tidak dapat mengikuti pembentangan tersebut.... tak pe la... sebab budget tu dah pun ditetapkan dan tinggal nak dibentang je... bukan aku bleh buat apa pun...

Dengar-dengar budget kali ni menyenangkan guru-guru macam aku.... ye ke? Syukurlah kalau ya... aku tak kesah sangat.... yang penting aku menjadi guru yang diingati oleh murid ku kerana pengorbanan ku.... dan pengorbanan ku itu juga adalah ibadah untuk bekalan ku di akhirat nanti....






No comments:

Post a Comment

Your comments may in English, Malay or Arabic.