Kesibukan di tempat kerja lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelajar baru tingkatan empat yang baru mendaftar Rabu lepas benar-benar menghalang aku untuk meninjau facebook, email dan update blog ini.
Hari ini 14 Februari, ketika mesyuarat pengurusan..... sahabat ku mengumumkan hari lahirnya.... oh benar2 aku terlupa...
Terlupa hari lahir sahabat tak mengapa..... yang jadi masalah adalah terlupa bahawa 14 Februari adalah 'hari kekasih'. Menurut kebiasaan, aku akan mengucapkan salam cinta kepada isteri tersayang....
Memang! ada yang kata menyambut hari kekasih itu HARAM, aku pun setuju..... tetapi dunia ini dicipta untuk hambaNya.... lebih-lebih lagi yang beriman dengan Muammad SAW.
So.... tak salah jika aku ucapkan salam kasih buat isteri aku....
dan selamat hari lahir buat sahabat ku Mohd Sabri Bin Mamat....
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment
Your comments may in English, Malay or Arabic.