Tuesday, 28 May 2013

TERIMA KASIH KERANA MENJAGA KAMI


Lima hari telah berlalu, tiga hari lagi akan ditempuh. Kami rasa bangga dengan pelajar kami.... mereka berjaya menjadi insan kamil.....

Kami kerap berborak dan berlawak.... aku yang banyak buat lawak...

Mereka kata aku cukup berbeza, tak macam dulu... (memang la... dulu hubungan kira guru dgn murid, kali ni lebih sbg kawan)

Cikgu ok?

Apartment ok?

Kalau nak bas berhenti.... cakap jer....

Xpe lah.... xpayah byr.... saya pun nak belanja cikgu juga.... dulu cikgu belanja saya...

Cikgu kalau ada benda nak dicari utk org malaysia.... cakap jer, nanti kami bawa ke tempat jualan

dan... macam2 lagi yang mereka kerap bertanya... makan ok? nak minum2 ke?

Rasa terharu apabila mereka berkata "kami memang nak jaga cikgu sebaik  cikgu jaga kami dulu.... "

Kata2 itu membuatkan kami terdiam seketika.... dan mereka berkata lagi...

 "TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENJAGA KAMI"

aku bertambah kelu... tak mampu nak buat lawak... hanya mampu mengimbas waktu2 di maktab dulu aku begitu 'berkira' dan 'memaksa', mematahkan bicara dengan ungkapan "dah tu.... sape suruh jadi pelajar?", "awak cikgu atau saya cikgu?", "saya tak tau.... kan dalam buku peraturan dah macam tu... awak tak baca ke?"

2 comments:

  1. thats the beauty of being teacher I love my job sampai pencen..

    ReplyDelete

Your comments may in English, Malay or Arabic.