Tuesday, 13 August 2013
Monday, 12 August 2013
IBU....., MENGAPA AKU DIBUANG?
Ibu....., mengapa aku dibuang?
Persoalan bermain di minda ku....
Mengapa aku dibuang? Mengapa aku dibuang?
Di Aidil Fitri.... semua teman ku bergembira....
Berkongsi cerita sesama mereka mulai persiapan raya hinggalah.......
kutipan duit raya setelah empat hari ramadhan berlalu....
Aku di sini masih menunggu kehadiran ibu menjemput ku....
Aku di sini bersama ibu tunggal yang ditemani tiga anak seusia ku....
Aku di sini bersama keluarga yang bukan keluarga ku....
Aku di sini menumpang aidil fitri bersama mereka yang bukan keluarga ku....
Aku di sini....
Aku di sini.... kurang dari 60 km jauh terpisah merindui ibu....
Aku di sini.... berbaju baru yang hanya satu ihsan dari ibu tunggal itu....
Aku di sini.... bersama teman tiga beradik permata hati ibu tunggal itu....
Aku di sini.... turut serta pulang ke kampung ibu tunggal itu....
Aku di sini.... mensyukuri simpati keluarga itu ke atas ku....
Aku di sini....
Terus mengharap hadir mu ibu, menjemput ku...
Mengharap hangat dakapan mu ibu...
Mengharap manis senyum mu menghulur baju baru...
Mengharap... terus mengharap....
tanpa ku sedari 4 Syawal telah berlalu....
Hari kelima Syawal menjelma...
Hadir keluarga bahagia bersama ibu bapa....
Dua beradik hidup gembira....
Punyai ibu, punyai bapa....
Kedua-duanya mencurah kasih tanpa berkira...
Aku di sini.... hanya memerhati....
Aku di sini.... berbicara dalam hati...
Aku di sini..... ingin menikmati....
Indah punyai ibu bapa di aidil fitri....
Aku di sini.... tidak mengerti....
Aku di sini.... menanti ibu yang dirindui....
Aku di sini.... hanya mengharap simpati....
Simpati insan-insan berjiwa suci...
Indah terasa berbunga di hati...
Ada yang sudi menghantar ku ke Maharani....
Berjumpa ibu bersempena aidil fitri...
Biarpun 5 syawal tarikh hari ini....
Ku tunjuk ke kanan, ku tunjuk ke kiri....
Dua keluarga menemani ku ke Maharani...
Kereta menjalar ke lorong sunyi....
Tampil wajah-wajah yang tidak aku mengenali....
Mak cik itu dah tak tinggal di sini....
Kata-kata mereka memecahkan hati....
Berpindah ibu ku membawa diri....
Berderai jiwa ku kerana tidak dikhabari...
Mengapa aku dibuang.....
Mengapa aku dibuang.....
Mengapa....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
-
Kawan-kawan ramai yang tanya.... ada buat program khidmat masyarakat antarabangsa tak tahun 2013 nanti... aku tak tau nak jawab... bergantun...
-
Hubungi 0126561520 untuk makluman stok dan harga. Bermula dengan dua ekor anak arnab hadiah untuk anak saya. Setelah membesar dan beranak s...
-
PROGRAM PENDIDIKAN GLOBAL DAN KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA anjuran Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Maktab Rendah Sains ...
-
Hari ini hari kelima sessi latihan KKU di Kompleks JPAM Ayer Keruh Melaka.... Kadet dan SISPA keletihan dan kadang-kadang tertekan... selain...
-
NGV dah ada banyak... dah tak susah macam dulu.... Aku mula pakai NGV pada tahun 2006 kerana berulang ke Pulau Pinang dari Melaka hampir du...
-
Tahun ni dah 11 tahun aku duduk di Jasin Melaka.... oleh kerana kg aku di Johor banyak perusahaan kerepek dan biskut raya.... maka setiap t...
-
lihat juga : http://homeroomabi.blogspot.com/2011/12/fathi-ihsan.html Maafkan Abi, Ihsan.... abi xsempat menemui mu buat kali terak...
-
Seorang pekerja lanskap di MRSM Tun Ghafar Baba telah diserang penceroboh yang mengganas. Mangsa yang tercedera telah mendapat rawatan awal...
-
Memang terbaiek...kartun nih... anak bujang aku tengok berulang2 pun xjemu... hmmm apa la... boboi boy....
daftar isi
Loading...