Saturday, 19 March 2011

APA BEZA ANTARA 3, Ɛ0, 30 DAN 03?

Semalam selesai solat Jumaat aku sekeluarga bertolak ke Kulai untuk meraikan majlis pernikahan sepupu yang diadakan pada hari ini.....

Selain majlis sepupu, kami juga bercadang untuk hadir ke undangan sahabat di Kota Tinggi dan Inas... sepertinya akan ke Kota Tinggi lagi le... padahal minggu lepas baru pergi majlis kahwin anak kepada abang angkat (dulu isterinya adalah pengasuh anak aku), minggu lepas juga merayap di Kota Tinggi ziarah Atuk Alip dan nenek..., kemudian ke rumah sahabat = Rashid Rebu yang terakhir aku jumpa pada 2008.

Puas le merayap minggu lepas.... minggu ni nak merayap lagi.... hmmm...

Hari ini, ketika aku menulis post ini aku telah berada di rumah ku di Jasin..... begitu cepatnya aku balik ke Jasin kerana tidak mahu menanggung risiko hari esok (Ahad) yang pasti ramai pengguna jalan raya... masing2 akan berkejar2 di jalan kerana cuti sekolah telah berakhir....

Hari ini, selesai meraikan sepupu bersanding aku sekeluarga membuat keputusan membatalkan cadangan menghadiri 2 lagi undangan perkahwinan di Kota Tinggi dan Inas, sebaliknya segera pulang ke Melaka..... terencat angan2 nak merayap lagi di Kota Tinggi....

Mengapa?

Kerana..... 3, Ɛ0, 30 dan 03....

Suatu waktu yang lalu (dah lupa bila.....) ketika memandu....

Aku : Tolong tengok cukai jalan tu... bila tarikh dia...
Anak Aku : Dia tulis situ 'TIGA... KOSONG'
Aku : Bulan....?
Anak Aku : Ni tulis macam 'C' lepas tu 'A', 'M'
Aku : Woooh.... MAC lah... OK, lama lagi... 30hb. MAC

Hari ini..... setelah jauh berjalan dari Melaka ke Kulai.... "Alamak... cukai jalan aku.... 03 Mac 2011?"


Alhamdulillah, kami dapat meraikan majlis perkahwinan sepupu dan selamat kembali ke Melaka.... esok Unser masih belum ada cukai sbb Ahad cuti.... Isnin kena kongsi Honda le...
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala