Menghormati orang lain adalah penting kerana ia merupakan modal untuk dihormati. Apa yang perlu dibuat jika berhadapan dengan mereka yang tidak tahu menghormati orang lain? Balasan bagaimanakah yang layak diberi sebagai pengajaran kepada mereka atau diserah sahaja kepada tuhan untuk membalasnya kerana kita tidak berhak melakukan kezaliman walaupun terhadap mereka yang menzalimi kita?
Apakah ukuran yang wajar dipegang bagi melayakkan seseorang itu dianggap tidak menghormati orang lain? Apakah melalui percakapannya.... yang kasar mulutnya dengan keceluparan serta menyakitkan hati bila didengar, atau melalui perbuatannya.... mementingkan diri serta tidak menghargai orang lain.
Benarkah mereka yang banyak bercakap berbanding mendengar adalah mereka yang sukar untuk menghormati orang lain? Bagaimana pula jika mereka yang banyak mendengar berbanding bercakap.... apakah mereka ini pula lebih menghormati orang lain.
Mungkin mereka yang lebih mendengar berbanding bercakap terserlah tanda-tanda menghormati orang lain. Sedangkan mereka yang banyak bercakap pula tidak semestinya sukar untuk menghormati orang lain kecuali jika bercakap dengan memotong percakapan orang lain tanpa cuba memahaminya terlebih dulu atau menanti selesai orang lain bercakap.
Malangnya mereka yang banyak mendengar lebih mudah tersalah langkah..... bertindak dengan zalim. Bagi menghindari perkara ini perlulah BANYAK MENDENGAR dan BANYAK BERBINCANG dengan BANYAK ORANG yang BANYAK KAITAN dengan isu tersebut.... dengan demikian kita akan mendapat maklumat yang betul setelah mengkaji dari pelbagai sumber. Maklumat yang betul menjamin tindakan yang betul.
Entahlah.... apa-apa pun kita hendaklah memberi k
Sumpah seranah, kutuk mengutuk dan maki hamun yang keluar dari mulut kita adalah cukup untuk menilai harga diri kita yang 'zero'...... oleh itu biarlah yang sedap didengar apabila bercakap... kerana kata-kata yang MACAM HARAM keluar dari mulut kita mungkin disebabkan SESUATU YANG HARAM pernah masuk ke dalam mulut kita..... muhasabahlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
-
Kawan-kawan ramai yang tanya.... ada buat program khidmat masyarakat antarabangsa tak tahun 2013 nanti... aku tak tau nak jawab... bergantun...
-
Hubungi 0126561520 untuk makluman stok dan harga. Bermula dengan dua ekor anak arnab hadiah untuk anak saya. Setelah membesar dan beranak s...
-
PROGRAM PENDIDIKAN GLOBAL DAN KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA anjuran Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Maktab Rendah Sains ...
-
Hari ini hari kelima sessi latihan KKU di Kompleks JPAM Ayer Keruh Melaka.... Kadet dan SISPA keletihan dan kadang-kadang tertekan... selain...
-
NGV dah ada banyak... dah tak susah macam dulu.... Aku mula pakai NGV pada tahun 2006 kerana berulang ke Pulau Pinang dari Melaka hampir du...
-
Tahun ni dah 11 tahun aku duduk di Jasin Melaka.... oleh kerana kg aku di Johor banyak perusahaan kerepek dan biskut raya.... maka setiap t...
-
lihat juga : http://homeroomabi.blogspot.com/2011/12/fathi-ihsan.html Maafkan Abi, Ihsan.... abi xsempat menemui mu buat kali terak...
-
Seorang pekerja lanskap di MRSM Tun Ghafar Baba telah diserang penceroboh yang mengganas. Mangsa yang tercedera telah mendapat rawatan awal...
-
Memang terbaiek...kartun nih... anak bujang aku tengok berulang2 pun xjemu... hmmm apa la... boboi boy....
daftar isi
Loading...
0 comments:
Post a Comment