Sunday, 8 May 2011

KEM TAMAT LATIHAN BADAN BERUNIFORM 2011

Lewat malam.....? Itu perkara biasa bagi pelajar di TGB.... dari pertandingan peringkat dalam maktab hingga ke peringkat antara bangsa... mereka amat bersungguh-sungguh.... latihan tidak bertangguh-tangguh....  tekad untuk menjadi jaguh.... reputasi yang ada jangan jatuh....

"Kami minta maaf kerana tidak dapat mengekalkan kejuaraan Kadet JPAM...." Sedih juga bila aku dengar ucapan dari wakil kadet pada petang itu. Meskipun sedikit kesal kerana menyerahkan gelar juara kepada orang lain namun terdapat nikmat di sebalik kekecundangan itu...; 
  1. Kerjasama ketika latihan bersama kadet, juru latih dan guru penasihat sehingga larut malam... sehingga ditegur/marah oleh warden bertugas (warden tak perasan ada guru penasihat)
  2. Bersama-sama memberi tunjuk ajar kepada kadet-kadet dari badan beruniform lain. (Terlintas juga di hati kalau-kalau mereka akan menewaskan kadet JPAM saat pertandingan nanti.... nah memang menjadi kenyataan... acara MK telah ditewaskan oleh murid sendiri....) Namun perkara terpuji dapat aku lihat dalam diri kadet JPAM ini adalah tidak kedekut dan berlapang dada untuk memberi tunjuk ajar rakan meskipun dari kadet yang lain atau pihak lawan.....
  3. Baju baru..... sekian lama kadet-kadet aku memakai uniform hijau yang lama, comot, lusuh dan tidak bersesuaian dengan saiz badan, akhirnya dapat diberi rasa memakai pakaian yang baru berseri-seri pada hari tamat latihan ditambah pula pengetua memakai uniform yang sama.
  4. Banyak acara yang dipertandingkan dimenangi oleh lain-lain badan uniform.... kemenangan diraih secara bergilir-gilir tanpa dibolot oleh badan uniform tertentu.

Blog This!

2 comments:

NadhirahMohdNasir said...

rindunya JPA. tapi kenapa uniform dah warna biru? haahaa

Nizam said...

Memang biru sejak tahun lepas, cuma belum ada stok utk bacth lepas.... so tu yg masih hijau...

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala