Monday, 25 September 2006

Modul RKSK

Modul  RKSK


PANDUAN DAN ASAS PERKAHWINAN  :
Keluarga merupakan institusi yang memainkan peranan penting kepada pembangunan sesebuah masyarakat. Keutuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana sistem sesebuah keluarga itu di bentuk, jika baik sesebuah keluarga itu, maka akan baik sesebuah masyarakat tersebut dan begitulah sebaliknya.
Perkahwinan adalah proses awal ke arah pembentukan sebuah keluarga. Ia bertujuan untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya pasangan itu dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.
Akhirnya dapat melahirkan sebuah keluarga yang aman, bahagia dan harmoni sepertimana slogan menyatakan "Rumahku Syurgaku".
PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN :
Pembinaan sahsiah merupakan antara aspek penting bagi melahirkan keluarga bahagia dan harmoni. Tanpa sahsiah yang baik, sesebuah keluarga itu akan dianggap telah hilang identiti dan maruahnya.
Ada beberapa aspek penting bagi merekabentuk keutuhan sahsiah keluarga, antaranya ialah aqidah, perlaksanaan tuntutan syari'at, pengalaman akhlak Islahmiah, penunaian tanggungjawab dan kewajipan, pengalaman mu'amalat (ekonomi, sosial dan kebajikan) dan penghayatan sifat tegas dan penyayang di dalam rumahtangga.
PENDIDIKAN KANAK-KANAK DAN REMAJA :
Kehidupan berumahtangga bagi sepasang suami isteri tidak bererti tanpa kehadiran anak yang merupakan pengikat kasih sayang dan penyambung zuriat keturunan.
Dalam menghadapi kehadiran anak-anak, ibu bapa perlu mempunyai persediaan yang lengkap dari sudut pengetahuan rohani dan jasmani bagi memastikan anak-anak dapat dicorakkan berlandaskan syari'at Islam.

PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA DAN RUMAHTANGGA :
Pembangunan institusi kekeluargaan yang mantap dan mapan adalah salah satu daripada agenda Kerajaan Negeri Melaka dalam arus pembangunan yang hebat menuju Melaka Maju 2010.
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah S.W.T telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai sunnah para Rasul bagi melahirkan rasa paling cinta, sikap saling berkerjasama dengan kebajikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.
Perkahwinan merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang dituntut oleh agama Islam untuk dipikul dan dilaksanakan oleh umat Islam.
USIA EMAS DAN HUSNUL-KHATIMAH :
Pembangunan institusi kekeluargaan yang mantap dan mapan adalah salah satu daripada agenda Kerajaan Negeri Melaka dalam arus pembangunan yang hebat menuju Melaka Maju 2010.
Usia Emas dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas merupakan usia yang terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Dalam usia yang sedemikian adalah tidak wajar seseorang individu muslim dan muslimah mengabaikan masanya begitu sahaja tanpa pengisian pada perkara-perkara yang memberi manfaat dan amal-amal kebaikan sebagai bekalan dan persiapan untuk bertemu dengan Allah S.W.T.
Sedetik waktu dalam usia ini berlalu dengan perkara yang tidak berfaedah akan merugikan kehidupan di akhirat. Kesudahan yang baik dalam kehidupan adalah matlamat bagi setiap muslim dan muslimah.
Untuk itu amalan kehidupan kita hendaklah sentiasa berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. 
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala