lihat juga : http://homeroomabi.blogspot.com/2011/12/fathi-ihsan.html |
Maafkan Abi, Ihsan.... abi xsempat menemui mu buat kali terakhir..... kerana abi dah jumpa rumah mu tepat waktunya tetapi kau dikebumikan sebelum Isya lagi.... ingin abi ke perkuburan tetapi xtahu arah tujunya.... Namun itu yang terbaik untuk mu kerana MELENGAHKAN pengebumian jenazah itu memang telah dijelaskan larangannya dalam hadis....
24 Disember...... perjalanan yang meletihkan.... dari kg di Kluang ke majlis perkahwinan anak sepupu di Setapak... ketika berangkat pulang ke Melaka... kira2 jam 4 petang aku terima SMS berita arwah telah kembali ke rahmatullah... rupa2nya telah banyak missed call sebelum itu (HP mode silent)....
Setelah mandi dan minum teh panas di Putra Jaya.... jam 5.50pm aku bertolak ke rumah arwah anak HR ku dengan hasrat menemuinya buat kali terakhir sebelum dikebumikan selepas Isya (Radzi kata lepas Isya)....
Sebagai adab mussafir... maka aku bertanya kawan aku orang negori mengenai alamat yg aku terima dari SMS (forward kan utk minta arah tuju).... SMS jawab diterima "Ust exit seremban labu. Pas2 kat t junction tu ust belok kanan. Area2 situ la"
Hujan sangat lebat.... perjalanan agak sukar kerana terlalu banyak kenderaan (sbb nak cuti krismas & ujung tahun kut...) tapi xpe sabar je la.... sbb masing2 nak guna jalan juga.... slow pun xpe yg penting jalan.... jangan xjalan....
Tetiba jalan jem! ada bengang bila ada bengong..... dah tau hujan lebat kenapa masih nak drive laju2? itu lah pemandu di Malaysia.... semua kenderaan xleh jalan.... sekejap2 gerak 20km/j.... sekejap2 40km/j.... nah! aku kata dah.... rupa-rupanya ada mercedes sondol wira kemudian wira pun sondol keta merah depan dia.....
Setelah bayar tol aku belok kanan.... pusing punya pusing kepala ku pusing....
7.56pm aku capai N8 aku dan...;
Aku : Zi... aku kat Jusco Seromban dua nih... minta guide...
Radzi : Bos... salah tu... jauh...., kena turun senawang sepatutnya...,
Aku : Tolong bagi tunjuk arah...
Radzi : Saya dah on d way melaka ni sbb ada tugas lain... dah masuk tol nie...
Aku : O.K. tolong SMS arah
SMS diterima "bal2... bla2... selepas t-light ke 9 bos belok kiri.....".
Mak oi! hebat leftnan nih.... siap boleh kira sampai lampu ke 9 sekali.... kenapalah aku tanya si inspektor... tak pasal2 aku dah tersasar 30 minit....
Setelah diamati SMS 9 t-light dari Radzi.... hm... Taman Tasik Jaya tu sebenarnya laluan aku dan kadet ke Ulu Bendul.... dah juta kali lalu situ....
Pesan arwah kepada kawan-kawan |
1 comments:
innalillah... semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman.
Post a Comment