Tuesday, 27 December 2011

81 TAHUN -CAMERON HIGHLAND

Tahun ni genap abah ku berusia 81 tahun, seperti tahun2 lalu.... setiap kali menyambut ulang tahun abah.... salah satu dari 9 anaknya akan bawa abah pegi makan angin destinasi pilihan abah... tahun ni aku dan adik ku Alang membawa mak dan abah ke Jerantut... Jerantut adalah destinasi wajib pilihan abah untuk ziarah adik iparnya.


Untuk memeriahkan lagi perjalanan makan angin, aku merancang untuk menginap di mana2 pantai.... abah tetap memilih Mersing... dah juta kali camping di pantai Mersing.... tapi memang Mersing tu juta-juta juga memori abah dan menyebabkan Mersing tetap di hati abah.


Pernah dulu kami bercamping di Pantai Pasir Lanun Mersing pada 24 Disember 2004 untuk meraikan ulang tahun abah.... pantainya waktu itu memang agak ganas.... malam2 memancing pun rasa semacam jer... (sebab nak tsunami kat Aceh kot)

Pernah dulu Alang bawa abah memancing di laut lepas dengan menyewa bot nelayan.... pastu abah demam.... abah dah tidak sekuat mudanya dulu untuk bermain ombak...

BATAL KE MERSING


Oleh kerana musim banjir.... dikhuatiri dari Mersing ke Jerantut jalan terkandas.... maka kami batalkan menginap di Mersing.... lagipun ada jemputan kenduri kat kg.... dan abah tak sedap hati kalau tak pergi...


Abah kata bertolak pagi2 esok jer... xmau naik highway sebab nak tengok kampung2 sepanjang jalan....


26 Disember seawal pagi aku sekeluarga bersama abah dan mak bertolak ke Jerantut... sepanjang perjalanan abah membandingkan keadaannya sekarang dengan tahun 50an dulu.... memang ler... jauh berbeza. 


Ketika berhenti makan di Segamat Alang menghubungi aku...

Alang : "Aku dapat cuti la...., aku ikut!"
Aku : "La.... ok, aku masih di Segamat... xyah gopoh... aku baru nak makan.... aku tunggu ko...."

Dari Segamat kami konvoi 2 kereta jer...

Cucu2 Mak Tok Dan Menantu Mak

Cucu2 Tok Bah dan Menantu Abah

Kiri : Alang (No. 7) Kanan : Anjang (No. 6)

Dating

"Isteri adalah tanggungjawab kita yang telah kita ikrar menerimanya ketika akad dulu, sedia terima meskipun tidak tahu apa yang akan kita terima... maka sentiasalah menerima seadanya.... rela dan sabar menghadapinya... ia nikmat dan ujian tuhan yang amat besar" -Abah




Benta

Ringlet







Setelah menjelang malam.... aku cadangkan untuk naik highway kerana malam xnampak kampung2.... lagipun dah letih semuanya.... kami makan di Simpang Durian (makan malam, bukan makan durian).

Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala