Apa yang boleh kita lihat ketika temuduga calon pelajar perintis Program Ulul Al-Bab di MRSM Gemencheh?
30 minit berlalu, sila bergerak ke bilik temuduga.
Dapat temuduga dah ceria, moga berjaya masuk ke MRSM Gemencheh.
Mana kertas-kertas jawapan, mai biar kami tanda.
Tenang dik..., adik datang dari mana? siapa hantar adik, berapa orang yang ikut ke Gemencheh? (bagi hilang gemuruh dulu....)
Penampilan je dah markah penuh..., tapi dalam borang nih tiada kategori penampilan..., sayang sekali....
Wah bagus nih, bleh hafaz satu muka dalam 30 minit jer.
Bacalah dengan betul, tak bertarannum pun tak pe.
Ramai yang mendapat 5A UPSR berminat untuk menjadi al-hafiz. Ramai ibu bapa yang berminat anak mereka menjadi al-hafiz. Ada yang menghadiri temuduga kerana ibu bapa yang atur dan anak/calon tidak tahu apa-apa bahawa mereka ditemuduga untuk kemasukan ke MRSM Ulul Al-Bab Gemencheh iaitu ada program khas seperti hafazan AQ.
Ramai yang ditawarkan untuk mengikuti temuduga hari ini (21 Dis. = 600 calon) hanya lebih kurang 370 calon yang hadir, selebihnya ada yang minta tangguh pada hari kedua dan ketiga. Harap-harap janganlah pada hari ketiga terpaksa dipanjangkan masa kerana dihujani calon.
Apa yang calon akan lalui dalam tempoh sessi temuduga?
- Mendaftar (first come first serve), dihimpun membentuk kumpulan 20 calon setiap satu kumpulan. Kumpulan akan bergerak ke...
- Masuk bilik kuarantin (30 minit) untuk menghafaz satu muka ayat AQ (melebihi 8 baris) atau hadis yang hampir sejumlah itu.
- Kemudian masuk bilik temuduga untuk tasmi' hafazan tadi, ujian bacaan AQ dengan betul dan bertajwid, soal jawab tentang AQ dan aktiviti berkaitannya. Soal jawab kecenderungan minat, keyakinan diri dan kesediaan menamatkan pengajian di MRSM Gemencheh serta tinggal di asrama.
- Selesai temuduga, 20 calon tersebut bergerak ke bilik ujian bertulis yang di antaranya adalah ujian tulisan jawi.
- Selesai
0 comments:
Post a Comment