Wednesday, 9 June 2010

Durian Panjat Pokok

Setiap soalan yang diajukan anak2 hendaklah dijawab.... anak2 tidak berpuas hati jika tidak mendapat jawapan untuk setiap persoalan yang terlintas di fikiran mereka.Tapi kadang-kadang larat ke nak jawab soalan mereka?


Aff : Abi kenapa durian yang dah jatuh jer boleh makan?
Aku : Sebab yang dah jatuh dah masak.
Aff : Kenapa yang dah masak dia jatuh?
Aku : Supaya kita boleh makan....
Aff : Ala.... kenapa?

Aku memberikan huraian yang panjang dan berharap dia faham ; "Allah telah menyusun alam ini dengan cukup sempurna, dijadikan durian yang dah masak sahaja jatuh supaya mudah untuk manusia mengambilnya tanpa bersusah-susah memanjat pokok dan memilih antara yang masak atau belum"

Aku : Mana senang kalau nak makan durian, kutip di bawah pokok atau panjat cari yang dah masak?
Aff : Tapi kat bawak pokok kena cari juga... kat dalam semak la....
Aku : Allah dah jatuhkan kira mudah.... yang kita manusia ni malas nak bersihkan kawasan semak kenapa?
Aff: Kenapa abi tak bersihkan semak ni?
Aku : ??????


Aff : Abi kalau yang mentah jatuh juga?
Aku : Tu mungkin sebab busuk atau rosak...
Aff : Tapi kalau tak busuk, tak rosak tapi jatuh jugak?
Aku : Kalau macam tu nanti durian tu kena marah!
Aff : Ala...abi ni... siapa marah?
Aku : Pokok... "Hei durian mentah! kenapa kau jatuh?"
Aff : Ala.... abi ni.... abis nanti durian tu panjat semula ke?
Aku : Tak boleh... nanti pokok marah "Adoi! sakit2 kena duri...., jangan panjat aku!"
Aff : (melekek-lekek)
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala