14, 15 dan 16 Disember 2010 adalah hari yang penuh perjuangan, baik para peserta temuduga calon Ulul Al-Bab MRSM Gemencheh maupun guru-guru MRSM Zon Selatan. Seramai 1640 calon akan ditemuduga oleh 40 guru untuk mengambil hanya 180 pelajar bagi memulakan sesi tahun 2011-2013, ini berarti lebih 90% calon tidak berjaya untuk memasuki MRSM Ulul Al-Bab Gemencheh.
Setelah berlalunya hari kedua sesi temuduga..... bermacam-macam cerita dikongsi oleh ahli panel di antaranya ;
Ramai Yang Berjaya Tetapi Gagal
- Diperlukan 90 lelaki dan 90 perempuan, macamnya calon perempuan dah cukup dah.... tetapi calon lelaki macam masih kurang.....
- Hanya 180 dari 1640 permohonan belum termasuk walk in pada 15hb. Disember akan diterima masuk.... ini memberi erti akan ramai yang berjaya tetapi terpaksa dinyatakan gagal kerana telah mencapai sasaran dan yang lain terpaksa ditolak... mereka gagal masuk ke MRSM Gemencheh bukan sebab gagal atau tidak layak... tetapi tidak cukup ruang untuk mereka semua...
- Ramai yang datang atas sebab ibu bapa, guru atau saudara mara.... tidak ramai yang datang kerana pilihan sendiri... Hanya sedikit yang mampu memberikan jawapan yang baik atau alasan yang baik mengapa MRSM Ulul Al-Bab menjadi pilihan...., pelajar ini meskipun pada asalnya didorong oleh ibu bapa atau orang lain....., tetapi setelah mengenali MRSM ini dari sudut perbezaan dan persamaan dengan sekolah lain maka calon jatuh cinta lalu memilih MRSM Gemencheh (Tak Kenal Maka Tak Cinta, Setelah Kenal Maka Berkenan dan bersungguh-sungguh nak masuk MRSM Gemencheh).
Calon ini mampu menghafaz dengan baik dan fasih, mampu membaca dengan lancar, fasih dan betul tetapi gagal untuk tersenarai dalam calon pilihan utama kerana markah yang diperolehi rendah. Mengapa rendah? Ini disebabkan calon tersebut menghafaz kurang dari lapan baris ayat yang diberikan. Sedangkan markah hafazan adalah bernilai 10 markah bagi setiap satu baris, markah kelancaran 10 dan tajwid 10 [(10x8)+10+10]
Contoh perbezaan markah yang diperolehi calon A, B dan C ;
Calon A menghafaz 6 baris dengan lancar, fasih, tepat tajwidnya dan tanpa bantuan panel, calon mendapat 80 markah @ (10x6)+10+10 = 80.
Calon B menghafaz 7 baris dengan 3 kali dibantu oleh panel (maksima bantu 3 kali sahaja), 4 kesalahan tajwid (setiap 2 kesalahan tajwid potong 1 markah), calon mendapat 83 markah @ (10x7)+5+8 = 83
Calon C menghafaz 7 baris dengan kerap mengulang ayat yang dibaca untuk mengingat (5-7 minit masa hafazan) , 3 kali dibantu oleh panel (maksima bantu 3 kali sahaja), 6 kesalahan tajwid, calon mendapat 81 markah @ (10x7)+4+7 = 81
Bagaimana pula bagi calon D?
Calon D menghafaz 8 baris dengan kerap megulang ayat yang dibaca untuk mengingat, dibantu oleh panel sebanyak 3 kali serta kesalahan tajwid 20 kali, maka berapakah markah calon D?
Ya.... 84 markah! @ (10x8)+4+0 = 84
Manakah calon yang terpilih?
Ya..... calon D.... yang kurang lancar dan banyak kesalahan tajwid....hmmm.....
KEPUTUSAN TEMUDUGA MRSM ULUL AL-BAB
Setelah memahami senario calon A, B, C dan D.... maka dilihat seperti pilihan kurang tepat telah terjadi.... namun perlu diingat bahawa keputusan temuduga juga dipengaruhi oleh ;
- Sokongan dan ulasan panel penemuduga yang merujuk kepada sesi membaca ayat bacaan dan keserlahan minat pelajar untuk mengikuti program Ulul Al-Bab.
- Ujian sikap dan tajwid (ujian bertulis)
- Bertanyakan calon/anak anda berapa baris ayat yang dapat dihafaz dan dibacakan di depan panel. Makin banyak baris ayat makin tinggi peluang mendapat markah tinggi.
- Ayat bacaan yang disuruh baca adalah ayat yang senang atau susah. Kalau dia berpendapat senang dan boleh dibaca dengan lancar dan betul maka berpeluang mendapat markah tinggi.
- Suruh calon jelaskan sebab ingin berlajar di MRSM Ulul Al-Bab dan program yang akan dilalui sekiranya belajar di situ.
0 comments:
Post a Comment