Sunday, 2 January 2011

AKU MELAKUKANNYA DEMI WANG

Aku melakukannya demi pendapatan halal kerana Islam mewajibkan umatnya bekerja, bukan mengharap simpati dari orang lain.


1980-83
  • Berbasikal bersama Azhar mengambil sayuran reject seperti lada, terung, bendi, petola, timun, kacang panjang, jagung dsb di perkebunan dan jual di perkampungan.
  • Menjual kerepek pisang, ubi, keladi buatan abah di sekolah.
1984-86
  • Mengambil gambar kawan-kawan cuci dan jual (kamera murah hadiah dari Bang Azi).
  • Berbasikal mengambil surat khabar di pekan Air Hitam dan jual di warong mak depan rumah.
1987-88
  • Mengambil roti bun di kilang bersama Idris menaiki motorsikal RX-Snya dan jual di asrama.
1988-90 time ni dah senang nak kerja sebab dah 18 tahun, 18SX he2...
  • Menjadi caddy dengan ID Q28 di RJCC.
  • Mengajar Fardhu Ain dan Al-Quran ke rumah-rumah (memiliki motorsikal Honda C90)
Time ni dah senang minta kerja sambilan di mana2, Lesen B2 pun dah lulus
1990-91
  • Budak cuci kereta malam di Caltex 24 jam (cuci : 8.00 pm - 5.00 am)
  • Pemandu van pelancung sambilan : Singapura - Malaysia - Singapura
1992-93 (1993 bertunang)
  • Guru Sandaran Pendidikan Islam di Sek. Keb. Masai Johor Bahru
1994 -97
  • Bawa pulang ke Malaysia untuk dijual barangan buatan tangan khas Aceh dan lukisan kanvas.
1995-97 (27-7-97 bernikah)
  • Kerja sambilan di pusat komputer di Darussalam B. Aceh sbg Tenaga Pengajar & Juruteknik
  • Broker jualan komputer baru dan terpakai di kalangan pelajar Malaysia
  • Juru pam di Petronas Jln. Johor di Kota Tinggi (Cuti semester)
1998 (Grade IAIN Ar-Raniry dan bergelar SAg.)
  • Juru pam di Petronas Jln. Johor di Kota Tinggi.
  • Pembancuh Teh Tarik di gerai Simpang Waha Kota Tinggi.
  • Guru Dieniah di Sek. Men. Islam Al-Hidayah Skudai Johor
1999 (dikurniakan anak sulung 29 Sept.)
  • Guru Dieniah di Sek. Men. Islam Al-Hidayah Skudai Johor
2000-03 (dikurniakan anak kedua 17 Feb 2001)
  • Guru Tasawwur Islam di MRSM Jasin (kini dikenali dengan MRSM Tun Ghafar Baba)
  • Bawa macam-macam kerepek Air Hitam ke Melaka untuk dijual
2004 hingga sekarang
  • Guru Tasawwur Islam di MRSM Tun Ghafar Baba
  • Pembekal ID Tag / Kad Matrik / Cetak Gambar di Kad PVC
  • Pemborong, pembungkus dan pembekal makanan tradisional dari Air Hitam ke Jasin Melaka
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala