Friday, 25 February 2011

Hadirlah... sokonglah...

Dulu..... aku mewakili rumah sukan bagi acara balapan lari berganti, lompat tinggi dan lompat jauh untuk acara padang.... hoki pula aku mewakili sekolah aku peringkat daerah jer.....

Dulu...... mak bapak aku bukan mudah untuk datang ke sekolah tengok aku beraksi.... bapak aku kerja pagi hingga petang, mak aku suri rumah yang terhad pergerakkannya....

Hari ini zaman dah berubah.... anak-anak kita dilahirkan untuk zamannya, bukan zaman kita dulu.... peranan ibu bapa semakin mencabar, mampukah kita memenuhi semua keperluan anak?

Ya.... kita mesti mampu memenuhi keperluan mereka agar mereka berkembang dengan sempurna dari sudut minda, jasmani, rohani dan emosinya.

Soal keperluan anak-anak kita mesti mampu... tiada alasan lain.... mesti mampu.... Tapi kalau keinginan anak-anak, maka itu kita mesti mampu menapisnya. Jangan memenuhi keinginan anak-anak secara membabi buta.

Menghadiri ke sekolah anak untuk memberi sokongan dan semangat kepada mereka dalam acara sukan apakah KEPERLUAN atau KEINGINAN....?

Soalan di atas tak mau saya jawab... tepuk dada tanya selera.... ada masa kenapa berkira.... tak de masa kenapa tak berusaha.....

Tak banyak gambar yang dapat aku ambil... meskipun anak aku mohon ambil gambar dia.... tapi petang tu aku ada latihan badan uniform kadet JPAM.... hmmmm..... "anak kita tanggungjawab kita...." tapi anak orang pulak dah jadi tanggungjawab aku sebab mak bapak diaorang hantar ke asrama untuk aku didik dan aku digaji oleh MARA....

Syukurlah kerana Allah menjadikan bersama kesulitan itu kemudahan... berusaha, tawakal dan yakinlah kepada Allah kerana kita diberikan bersesuaian dengan usaha kita....

Aku merasakan yang anak-anak ku merasakan perhatian kepada mereka berkurang berbanding kepada pelajar-pelajar ku, maka akhirnya aku tebus dengan makan malam di luar bersama-sama, aku suruh jer mereka sebut nak makan apa... kita pergi malam ni juga....

Adusyyyssss.... tak  pe la....  dalam gaji aku memang ada hak anak-anak aku....




Abi! sayang la air pepsi ni..... kenapa tak habiskan? -Sayang pepsi ke sayang perut.... buncit dah tu... molotop kang! Dah...! Meh balik....

Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala