Ramai yang berjaya mengatasi masalah, cekal menghadapi rintangan, gigih menempuh halangan, mampu diuji dengan liku dan duri di setiap langkah. Setiap cabaran dan ujian mampu untuk difikirkan penyelesaiannya.
|
Kehidupan bukanlah semudah jalan yang lurus.... |
Tetapi tidak ramai yang mahir dalam menentukan pilihan, kemampuan menentukan pilihan yang tepat hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berpendidikan, berilmu pengetahuan, berpengalaman dan yang terpenting dipimpin oleh hidayah Allah.
|
Menentukan pilihan tidak semudah merempuh halangan.... |
Ramai pelajar aku datang mengadu macam-macam masalah, macam-macam cubaan dan dugaan.... dengan mudah aku berusaha memberi bantuan dan nasihat.... tetapi apabila datang seorang pelajar (dari kelas Tasawwur Islam) meminta nasihat untuk membuat pilihan.... yang ini aku sendiri pening, sebab aku sendiri kena mulakan dengan membuat pilihan... nak pilihkan pilihan dia atau nak dorong dia untuk membuat pilihan... nak bantu dia membuat pilihan atau nak serahkan saja kepada kaunselor.... oh! pening... pening... memang pening bila kena buat pilihan...
Kalau dalam Islam....
solat Istikharah adalah jalan untuk memberikan keyakinan dan tawakkal dalam menentukan pilihan. Setelah bersolat Istikharah dan membuat pilihan maka kita hendaklah bertawakkal dan redha dengan qadha yang batal diterima selepas pilihan yang telah dibuat.
Apabila kita sudah menentukan pilihan, maka pada saat itulah kita berhenti membandingkan
-Amien Rais
Setelah menentukan pilihan, istiqamahlah berdoa memohon bimbingan.
-abi2201
0 comments:
Post a Comment