Seorang pelajar aku telah berkongsi sebuah
video klip yang menarik di facebook..... Setelah selesai aku menontonnya tetiba jer teringat akan ayat berikut ;
ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “. [al-Qasas : 77]
*Melupakan = meninggalkan
Dulu sahabat aku kerap menegur aku apabila aku mula putus asa..... dia kerap membacakan keratan berikut ;
وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
Hari ini aku rasa sangat bersyukur kerana 20 tahun lalu telah dikurniakan sahabat yang pandai menasihati kawan2nya.... saling membantu dalam perjuangan menuntut ilmu.... kini ku berdoa moga sahabat ku sekeluarga diberkati Allah dan terus cemerlang dalam kerjayanya di UTM Skudai Johor......
Juga buat pelajar ku yang banyak membantu ku memimpin rakan-rakannya yang lain sewaktu di TGB... ku doakan moga kau terus menyinar menerangi minda setiap sahabat mu yang bersama mu... teguh di jalan Allah sebagai insan penuh taqwa.... ungkapan mu "when we don't give up, we cannot fail" sama seperti ungkapan sahabat ku 20 tahun lalu......
0 comments:
Post a Comment