Monday, 26 September 2011

MACAM TAK RAYA JE....

Dulu aku pernah bising kepada isteri ku kerana dia sering mengadu letih.... sakit kaki, betis dan tumit.... waktu itu aku bekerja dari jam 7.30 am hingga 2.30 pm, setiap petang aku ada masa untuk membuta.... sedangkan isteri aku bekerja jam 8.00 am hingga 5.00 pm.... memang dia tak banyak waktu rehat.

Aku kerap sarankan dia untuk berhenti kerja.... kerana aku tak mahu sampai tua kena picit kaki dia.... tetapi akhirnya aku terima alasan dia untuk terus bekerja dengan syarat dia menukar bidang tugas agar tidak kerap berjalan dan berdiri ketika bekerja....

Hari ini setelah 6 bulan aku bekerja jam 8.00 hingga 5.00 aku telah merasakan seperti yang pernah dulu isteri ku rasa.... iaitu sakit kaki, betis dan tumit.... terasa ingin aku suruh isteri ku picit kaki ku.... tapi setiap kali aku ingin meminta dia picit kaki aku maka aku teringat rungutan aku suatu masa dulu ketika memicit kaki dia... ha... ha... padan muka aku... nasib baik isteri ku tak cakap apa-apa ketika dia picit kaki aku.... he... he....

Suatu petang pada 24hb September 2011.... ketika keletihan yang amat sangat kerana baru tiba dari kampung menghadiri open house adik ipar... ketika membuka pintu pagar anak gadis jiran aku berbangsa India menegur ku....;

G I : uncle... susah mau jumpa uncle sekarang ya.....
Aku : Maaf lah... mungkin sibuk sikit kerja....
G I : Sekarang uncle selalu balik petang2.... masuk rumah tak keluar2...
Aku : Sekarang saya kerja sampai 5.00 pm.... kadang pukul 6.30 petang baru tiba rumah...
G I : Saya tenguk uncle tak bikin rumah mau raya.... MACAM TAK RAYA JE.....
Aku : Ha2.... ha2... saya sibuk.... puasa tak larat nak bikin rumah cantik2.... lagi pun saya raya kampung.....
G I : Ya la.... saya tengok kereta tak ada..... ini mesti balik kampung.... satu minggu ya...
Aku : OK lah.... esok petang pukul 2.00 - 6.00 ptg datang rumah ya.... ada jamuan raya...
G I : Bila?
Aku : Esok...!!?? Ha2... ha2... magik ya... hari ini tak ada apa2... tapi besok ada majlis raya....

Petang tu juga aku macam kena sawan bersihkan rumput tepi rumah.... nampak je.... semak... rupa2 nya tak teruk mana pun.... sekejap je bersih... rumput yang panjang menjalar bila ditarik dan gulung2 akhirnya bersih.... kalau tau aku buat jer time puasa kemarin....

Esoknya pada 25hb September 2011.... rumah aku telah bertukar menjadi pusat keramaian kerana majlis ;
  1. Hari Raya (riuh dengan lebih 170 pelajar MRSM TGB)
  2. Ulang Tahun isteri ku (memang aku dah janji nak buat time ni)
  3. Aqiqah anak sulung aku (dulu atuk dia buat.... yg ni hajat aku plak....)
  4. Yasin, tahlil dan doa selamat / kecemerlangan UPSR & SPM 2011/12.
Terima kasih kepada murid2 aku (HR Intan A, Kadet JPAM, BADAR, 518, 516 dan 411) yang bergotong royong set upkan rumah aku untuk majlis tersebut....

Terima kasih kepada jemaah pelajar dan pendidik dari sekolah tahfiz Air Merbau yang menjayakan Yasin, tahlil dan doa selamat / cemerlang....

Terima kasih kepada Azman Mamood yang mengurus keberangkatan pergi dan pulang anak2 murid ku....

Besar budi aku terhutang kepada semua saudara mara dari kampung yang membantu membimbing murid2 ku untuk majlis tersebut....

Terima kasih kepada semua yang hadir.... khasnya Dr. Mariam yang berusaha hadir meskipun penuh jadual beliau pada hari tersebut dan sempat hadir tepat jam 6.00 ptg....

Maaf kepada semua jika ada kekurangan... moga tahun depan ada penambah baikan.....





Esok 27hb. September.... hari ulang tahun Razin....
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala