Umat Islam terpelihara kesejahteraannya di dunia dan akhirat adalah kerana berpegang teguh dengan al-Quran dan hadis.
Bangsa Melayu pula terpelihara kedaulatannya kerana berpegang teguh dengan kata2 hikmah orang2 tua yang bijaksana seperti ;
pantun
peribahasa
bidalan
gurindam
dan macam2 lagi
Bunga Tak Sekuntum Lagi Pun Tak Lama Harum, kata2 yang penuh makna buat anak muda remaja atau termasuk juga orang tua apabila terjebak dalam masalah cinta.
Pemuda yang tidak tecapai hasrat cintanya dinasihatkan untuk berusaha mencari cinta dari wanita lain, jangan hanya berharap dari yang tidak sudi sedangkan wanita di dunia ini cukup ramai seperti bunga yang bukan hanya sekuntum.
Bagi wanita pula, orang tua2 menasihatkan agar menjaga adab dan akhlak serta budi, kecantikan luar dan dalam dijaga sebaiknya, ini jelas dalam maksud 'lagi pun tak lama harum'. Apabila hilang harum maka akan beralihlah pasangan kepada bunga yang lain sesuai dengan kata2 'bunga tak sekuntum'
Bagi pemuda janganlah berduka kerana 'bunga tak sekuntum lagi pun tak lama harum'.
Bagi wanita jagalah penampilan diri, berbudilah kepada suami sesuai dengan tuntutan syara' kerana 'bunga tak lama harum' dan 'bunga tak sekuntum' kecilkan kebarangkalian pasangan anda berminat dengan bunga yang sekian banyak di dunia ini.
Yang pasti benar adalah keratan hadis bermaksud 'pilihlah yang beragama kerana ia akan memelihara mu dari masalah'
Pilihlah perempuan yang beragama....
Pilihlah lelaki yang beragama....
Bahagia selamanya....
0 comments:
Post a Comment