Oleh kerana mustahil untuk kita melakukannya,
maka tidaklah kita disuruh melakukannya.
Membalas budi ibu bapa tidak akan mampu dilakukan oleh satu insan pun di dunia ini.
Apa yang Islam tuntut adalah...
berbuat BAIK kepada ibu bapa dan MEMULIAKAN ibu bapa.
kerana ia adalah sebahagian perkara yang hampir membalas budi mereka.
|
Gambar Bersama Sebelum Terbang Ke Kuching |
Sebelum ni bawa mak dan abah ikut LCCT, tapi Senai lebih dekat dengan rumah abah, so kali ni ikut Senai lah pulak, xle menapak jauh tika nak naik kapal terbang, lagi pun on the way balik Melaka drop jer abah dan mak kat kg.... xyah minta adik beradik hantar jemput ke Melaka.
|
Pasar Sarikin, Bau, Sarawak |
Dalam trip ini sekali lagi aku kerah dua hero aku utk jaga tok bah dan mak tok dia... aku plak releks jer melenggang, he2... seb baik hero aku dah besar...
|
Payungkan Mak Tok...! |
Hero aku bertanya.... "Abi ada bawa berapa RM?"
Aku : Ada, untuk makan, transport dan penginapan. NO SHOPPING!, kenapa?
Dia : Nak beli... tapi tak cukup duit...
Aku : Korang jaga mak tok elok2.... nanti abi bagi elaun. RM10 per day..., boleh advance payment.
Dia : Boleh....
Aku : Diam! jangan mak tok tau...
|
Umi sedang mencari sesuatu untuk masak |
Oleh kerana ini juga kali pertama aku ke Kuching, maka aku menginap di rumah sepupu bini aku. Biar dia borak sakan dengan sepupu dia sambil masak2.... yang bestnye semua makanan istimewa Sarawak dengan bimbingan chef Ad sepupu dia.
|
Rehat dan santai |
Kalau ikut pakej pelancongan trip ni 4H3M, tapi aku xmau mak dan abah letih maka santai2 jer dan menjadi 6H5M....
|
Kali pertama aku siang ikan sebesar ini..... |
Umi : Abi, nanti kita dengan Ad nak masak asam pedas dan kari kepala ikan.
Aku : Abi xkisah.... apa jer yang ada abi makan...
Umi : Tapi abi kena siang ikan...
Aku : Xde hal... kecik je tu... berapa ekor?
Umi : Sekor je....
0 comments:
Post a Comment