Thursday, 7 April 2011

Roll Call Malam Sulong

Hari ini pertama kalinya diadakan roll call malam.... pada dasarnya saya kurang setuju untuk diadakan roll call malam ni.... ini kerana roll call malam adalah senjata akhir warden dalam menangani masalah pelajar.... tetapi "Pengenalan" kepada roll call malam ini dicadangkan oleh beberapa warden dengan beberapa alasan yang boleh saya terima... bagus juga tu... warden muda-muda ni kena beri sokongan supaya manfaatnya dapat dirasa oleh pelajar....
Terima kasih kepada semua warden yang hadir... begitu ramai ramai warden yang memberi kerjasama pada malam ini... di antara warden senior bertanya "apa sebenarnya kes...?" Saya kata ; "saja pengenalan.... moga mereka faham apa yang menanti mereka jika mereka tidak bekerjasama dan saling nasihat menasihati"

Sebenarnya banyak yang warden-warden nak tegur pelajar ni... cuma peluang untuk bertemu beramai-ramai macam ini jarang berlaku, roll call pagi terlalu singkat, ta'lim malam pula hanya ikut blok masing-masing. Perhimpunan rasmi pula tak sesuai nak ungkit keburukan pelajar.... di surau pula biarlah pengisian ilmiah dan ibadah.

Oleh kerana ini roll call malam sulung dan harap-harap "Tunggal" maka bergilir-gilirlah warden bercakap menegur banyak perkara.... jangkaan hanya sejam 11.30 hingga 12.30 jer... tetapi dah menjadi dua jam sebab memang dah rezeki kami pada malam ini kerana HEP pulang dari pejabat terus joint roll call malam....
Blog This!

2 comments:

aizat said...

hehe..teringat zaman mude2 dlu..leh share ust?

Nizam said...

Boleh share... semua yg di blog saya adalah mmg utk semua insan di dunia...

roll call mlm adalah paling ampuh dan ia juga latihan berhimpun jika berlaku kecemasan....

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala