Thursday, 31 December 2009

Seminar Profesionalisme Keguruan


Kelab Pendidik MRSM TGB memulakan tahun 2010 dengan Seminar Profesionalisme di Hotel King Ayer Keruh. Dirasmikan oleh Puan Pengetua Dr. Mariam Bt. Md. Salleh. Penceramah undangan di antaranya adalah En. Bakhtiar B. Abd. Wahab.





































Blog This!

Thursday, 24 December 2009

Temuduga Ulul AL-Bab Gemencheh (Day 3)



Terdapat 3-4 meja yang meninggalkan air mereka begitu sahaja, mengapa...? mungkin kerana dah kenyang, dah tak haus, dah tak sedap tekak atau..... dah terlambat nak ke MRSM Gemencheh.
SEBAB-SEBAB CALON MENGHADIRI TEMUDUGA ;
Ibu bapa yang atur dan anak/calon tidak memahaminya. Terdapat calon yang tidak faham bahawa MRSM Ulul Al-Bab adalah MRSM Tahfiz berkonsep Quranik, ensaiklopedik dan ijtihadik. Maka calon tidak berusaha untuk menghafaz ayat yang diberikan ketika di bilik kuarantin. Ramai calon yang sebegini adalah tidak sesuai untuk dipilih.
Ibu bapa mencadangkan dan anak/calon bersetuju. Calon mengenali dan memahami MRSM Ulul Al-Bab melalui ibu bapa (dari internet atau kawan sepejabat). Calon meminati untuk memasuki MRSM ini sehingga mampu untuk menjelaskan bahawa MRSM Gemencheh adalah MRSM Ulul Al-Bab kedua selepas MRSM Besut, selain 2 MRSM ini calon juga dapat menyebutkan nama-nama sekolah aliran agama yang telah dimohon sambil memaklumkan dengan tegas MRSM Gemencheh adalah pilihan utama calon dengan sebab dan alasan seperti "MRSM sekolah yang terkenal hebat", "ramai orang terkenal dan hebat kat negara kita bersekolah di MRSM", "sudah ada MRSM aliran agama.... kan lebih hebat". Sebagai panel saya terasa macam calon ini telah diajar oleh ibu bapa atau guru mereka teknik-teknik untuk berjaya dalam temuduga. Saya hanya dapat memberi sokongan dan cadangan untuk menerima calon ini, selebihnya terserah kepada Allah, kalau ada rezeki calon tersebut.....
Calon memang berminat untuk ke MRSM. Ini kerana telah mengenali MRSM melalui ibu bapa, saudara mara, usaha gurunya seperti program sekolah membuat lawatan ke MRSM terdekat. Calon tidak mengambil kira samaada MRSM Ulul Al-Bab atau bukan, yang penting baginya adalah dia ingin melanjutkan pelajaran di MRSM. Sekiranya calon ini didapati berminat dan cenderung ke arah Quranik, ada kesungguhan dan mampu menghafaz ketika di bilik kuarantin maka calon ini sesuai untuk dicadangkan diterima.
Ibu/bapa saudara memberi maklumat dan anak berminat. Calon memang cenderung ke aliran agama, bersekolah asal di sekolah aliran agama, telah mengetahui serba sedikit bahasa Arab, lancar membaca al-Quran. Berminat untuk menjadi ustaz atau ustazah. "Ini MRSM sekolah sains, MRSM tempat nak jadi doktor bukan ustazah, kalau cikgu cadangkan adik ke sekolah Maahad atau sekolah Arab boleh...?". "Tapi kat sini boleh jadi doktor yang ustazah, hafaz Quran dan faham agama.... kan lebih baik?". ("alamak pintarnya budak ni....")
Blog This!

Temuduga Calon Ulul Al-Bab (day 2)


Adik isi borang ni...., selepas ni ikut akak ke bilik kuarantin

1Malaysia
Adik dah tau ke kena hafaz muka surat yang ni?
Tak?
Baru tau tadi?
Bagusnyeeeeer sebab boleh hafaz lebih lapan baris......
Blog This!

Monday, 21 December 2009

Temuduga Calon Ulul Al-Bab (day 1)





Apa yang boleh kita lihat ketika temuduga calon pelajar perintis Program Ulul Al-Bab di MRSM Gemencheh?

30 minit berlalu, sila bergerak ke bilik temuduga.

Dapat temuduga dah ceria, moga berjaya masuk ke MRSM Gemencheh.

Mana kertas-kertas jawapan, mai biar kami tanda.
Tenang dik..., adik datang dari mana? siapa hantar adik, berapa orang yang ikut ke Gemencheh? (bagi hilang gemuruh dulu....)
Penampilan je dah markah penuh..., tapi dalam borang nih tiada kategori penampilan..., sayang sekali....
Sukarelawan yang banyak membantu.
Wajah penemuduga yang bersungguh-sungguh, seram sejuk calon dibuatnya.
Ceria, calon pun hilang gemuruh.
Wah bagus nih, bleh hafaz satu muka dalam 30 minit jer.
Bacalah dengan betul, tak bertarannum pun tak pe.

Ramai yang mendapat 5A UPSR berminat untuk menjadi al-hafiz. Ramai ibu bapa yang berminat anak mereka menjadi al-hafiz. Ada yang menghadiri temuduga kerana ibu bapa yang atur dan anak/calon tidak tahu apa-apa bahawa mereka ditemuduga untuk kemasukan ke MRSM Ulul Al-Bab Gemencheh iaitu ada program khas seperti hafazan AQ.

Ramai yang ditawarkan untuk mengikuti temuduga hari ini (21 Dis. = 600 calon) hanya lebih kurang 370 calon yang hadir, selebihnya ada yang minta tangguh pada hari kedua dan ketiga. Harap-harap janganlah pada hari ketiga terpaksa dipanjangkan masa kerana dihujani calon.

Apa yang calon akan lalui dalam tempoh sessi temuduga?

  1. Mendaftar (first come first serve), dihimpun membentuk kumpulan 20 calon setiap satu kumpulan. Kumpulan akan bergerak ke...
  2. Masuk bilik kuarantin (30 minit) untuk menghafaz satu muka ayat AQ (melebihi 8 baris) atau hadis yang hampir sejumlah itu.
  3. Kemudian masuk bilik temuduga untuk tasmi' hafazan tadi, ujian bacaan AQ dengan betul dan bertajwid, soal jawab tentang AQ dan aktiviti berkaitannya. Soal jawab kecenderungan minat, keyakinan diri dan kesediaan menamatkan pengajian di MRSM Gemencheh serta tinggal di asrama.
  4. Selesai temuduga, 20 calon tersebut bergerak ke bilik ujian bertulis yang di antaranya adalah ujian tulisan jawi.
  5. Selesai
Blog This!

Sunday, 20 December 2009

BERGADUH DI ASRAMA

kucing panas baran......

Blog This!

Kawan2 sama kat U dulu

Terima kasih kwn2 kerana menziarahi saya di Melaka. Terkurang, terkasar...., mohon maaf.....,












































Bila2 datang le lagi..., naik bot telusuri sungai....















Blog This!

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala