PERHATIAN!!! Sekiranya anak anda tinggal di asrama... pastikan dijemput segera setelah selesai peperiksaan... atau mendapatkan kepastian dari pihak sekolah tentang kebenaran melanjutkan tinggal di asrama untuk tujuan tertentu.
Mengapa ada pihak sekolah yang 'zalim' tidak membenarkan pelajar melanjutkan tinggal di asrama sejurus setelah selesai peperiksaan? Ini ada beberapa jawapan yang perlu kita sama-sama fikirkan ;
- Bimbang Pengaruh Buruk. Pelajar terikut-ikut dengan aktiviti tidak sihat seperti 'dating' yang menjurus ke arah keterlanjuran, 'fly' yang mengundang kehormatan/keselamatan tergugat, bergaduh (melepaskan geram yang lama terbuku... mereka sangka persekolahan dah tamat maka tindakkan disiplin dah tak boleh dibuat). Sekiranya pelajar terus pulang maka masalah ini dapat dihindarkan.
- Menjamin keselamatan harta sekolah. Pelajar memang kreatif lagi artistik... mereka akan conteng harta sekolah seperti tangki air, syiling bangunan, tembok tinggi dan lain-lain tempat yang sukar dicapai tetapi mudah dibaca oleh orang lain, ini juga membahayakan keselamatan pelajar yang memanjat bagi menjayakan idea kreatif mereka.
- Menjamin Harta Pelajar. Kebarangkalian harta anak anda akan dicuri oleh rakan seperti handphone, mp3 kasut dan sebagainya yang turut mengundang punca pergaduhan dan saling tuduh menuduh.
Menjimatkan Kos seperti makan minum, bil api dan bil air.
- Kegembiraan Anak Dirai Bersama. Setelah bertahun anak terasa dirinya dibuang ibu bapa... tetapi apabila ibu bapa segera menjemput maka sedikit sebanyak anak akan merasai bahawa dia sangat diinginkan bersama ibu bapa.
Banyak lagi sebab-sebab yang mungkin pembaca boleh tambah bagi menyokong mengosongkan segera asrama sejurus selesai peperiksaan...
Kepada pihak sekolah yang mengunci pagar tepat jam 6.00 petang setelah semua pelajar diarahkan keluar, saya sokong tindakan itu. Ibu bapa boleh.... mereka boleh usahakan keselamatan anaknya apabila pihak sekolah telah buat ketentuan begitu.... terbukti setelah ada ibu bapa yang menghubungi ibu bapa lain minta tumpangkan anak pulang atau menginap sehari dua sementara tunggu dijemput di rumah kawannya itu. Ada juga ibu bapa yang meminta kerjasama ibu bapa lain untuk menumpang semalam sementara menunggu bas ekspress yang bertolak jam 9.00 pagi esok di stesen bas.
Pihak sekolah adalah diwakili oleh guru-guru yang juga ibu bapa.... mereka berbuat demikian untuk menjaga keselamatan sekolah, menjaga keselamatan pelajar, lebih cepat pelajar kembali kepangkuan keluarga lebih terjamin keselamatan mereka. Apabila ada ibu bapa yang menghubungi guru dan meminta bantuan kerana tidak dapat menjemput anak dalam waktunya, maka guru akan membantu, belum pernah guru membiarkan pelajar bergelimpangan di luar pagar sehingga kemalaman.
Gambar di atas menunjukkan sepasang pelajar bacth tahun 2008/09 yang ditangkap baru pulang dari bandar Melaka jam 1.00 pagi , yang perempuan turun dari teksi di depan pondok jaga masuk ikut pintu besar lalu segera memintas tepi dewan besar kerana laluan agak kelam di situ. Pasangannya turun dari teksi di hujung pagar sekolah dan memanjat pagar serta menyusup ke dewan yang sama lalu ternampak mak we nya sedang ditahan oleh warden.... bersegeralah si lelaki itu memunculkan diri dan menceritakan kisah sebenarnya kerana bimbang mak we nya membuat kenyataan palsu yang mengundang kemarahan warden..... Inilah jika dibenarkan melanjutkan tinggal di asrama selepas selesai SPM... senyap2 mereka 'fly' mencari malapetaka di luar sana.

Masalah yang sama masih berulang pada tahun ini, meskipun semua pelajar diarahkan segera pulang... namun masih ada yang menunda beberapa hari dan menjadikan asrama macam rumah sewa mereka, macam hotel mereka, macam rumah mak bapak mereka..... sesuka hati keluar masuk pukul berapa..... Soalnya tahu ke mak bapak diaorang ni.... atau mereka MENIPU mak bapak dia orang supaya datang lewat menjemput mereka...... atau mak bapak diaorang memang tak berkesempatan nak jemput dan minta warden tolong tengok-tengokan dulu.....
Kalau dah menumpang tu buat lah cara menumpang.... ikut peraturan yang ditetapkan oleh tuan rumah yang bermurah hati memberi tumpang....., tapi mengapa sebaliknya?
Sakit hati guru asrama dibuatnya... kecewa yang diberikan... mestikah kami meneruskan untuk mendoakan kecemerlangan mereka dalam SPM nanti.....? atau selepas SPM di IPT kelak? sedangkan mereka tidak hormat kepada kami sejak minggu-minggu akhir SPM seperti...

- hadir ke dewan makan dengan berseluar pendek bagi lelaki dan
- tidak memakai stokin atau anak tudung bagi perempuan, baju pula yang agak ketat dan singkat.
- lewat datang makan malam kerana lambat berhenti bermain hingga azan maghrib pun masih duduk sebaris makan bersama mereka yang berbuka puasa.... macamana kita nak tahu mereka tu puasa atau saja ambil peluang makan lewat.... kalau puasa kenapa boleh main bola sampai basah kuyup berpeluh.... (tapi budak muda memang extream tenaganya)
- bawa pinggan dan cawan dewan makan balik ke blok asrama, yang paling sakit hati tu ada yang dah kantol.... lepas tu duduk kat dewan makan sambil pura-pura makan... bila kita paling je dia hilang dengan pinggan dan cawan... perlu ke kita marah2 sedangkan mereka sedang bengong kepala berjuang dengan kertas SPM.... kita pun nak juga naikkan nama maktab....
- Prep atau study ber'couple', samaran mereka adalah study group... tapi dikenalpasti terdapat 3 atau lebih pasangan dalam group tu.... kenapa tidak study group dengan kawan-kawan lain? Kalau duduk berdua mudah kena cekup.... tapi kalau duduk dalam kumpulan boleh buat alasan study group....
- Bila dah habis paper tak mau segera pulang, sengaja merancang untuk merayap ke bandar Melaka... BETUL sangkaan saya.... 08 Disember 2010, paper akhir Biologi.... pada lebih kurang 4.00 petang mereka dengan biadapnya telah beramai-ramai sewa bas luar untuk ke bandar Melaka (MP) dan pulang 1.00 pagi, telah saya pesan dengan kawan yang bertugas pada waktu itu, tetapi.... dalam banyak-banyak bas yang ditempah khas untuk pulang ke kampung sama ada utara, pantai timur, K.L atau ke Melaka Sentral terselit satu bas yang ke Mahkota Prade.... Pengawal Keselamatan pun tak perasan dengan keberadaan bas tersebut. Nasib baik tiada malapetaka yang berlaku.... kalau tak siapa yang nak bertanggungjawab?
- Bakar kertas-kertas di blok akademik dan blok asrama. Telah berulang kali diingatkan agar jangan nyalakan api.... biar tinggalkan kertas-kertas tu.... nanti pekerja akan bersihkan.. tapi masih tak makan nasihat....
Cawan dan pinggan yang dibawa pelajar ke asrama
Lihatlah papan tanda.... papan kenyataan... jadual waktu serta akurlah.....
Bercakaplah... tegurlah apabila ada rakan yang membuat khilaf.... Bercakaplah/maklumkan kepada guru asrama jika ada kawan-kawan yang salah laku.....
Tak mahu dengar... tak mahu lihat.... tak mahu cakap...
3 comments:
Saya menyokong pnuh dngan ape yang ustaz tulis.. hehe.. sbagai plajar mmg sngat kreatif untuk buat bnda2 yang diluar jangkauan.. TP warden mmg da mkn garam n gula lebey dr dorg.. huhu..
Ramzul ex jasin 2005
Terima Kasih sdr remzul.... moga ramai yang menerima dengan baik apa yg saya kongsikan demi menjamin kesejahteraan bersama...
remzul ni dr bkt katil ke?
ye ustaz.. hehe..
Post a Comment