Sunday, 9 January 2011

Ceritanya begitu.....

Ketika aku merayap sama ada urusan tugas atau bersiar bersama keluarga acapkali terserampak dengan bekas pelajar ku... ada macam-macam cerita yang ku dapat dan biarlah ia bersarang di kepala ku... xmau ku bubuh dlm blog ni... TAPI bab yang tutup aurat dengan sempurna aku kena sentuh sikit....

2 tahun di maktab mereka ditekankan bab aurat.... jangan pakai tudung jarang... apetah lagi kalau free hair lagilah tak bleh..., girls yang pakai tudung jarang ke kelas dipaksa pakai surat khabar oleh warden. Boys pula jangan pakai boxer jer kat dlm blok.... jangan pakai seluar pendek kat padang.... pendek kata banyaklah jangan demi menjaga sahsiah pelajar.

Sayang sekali setelah mereka kembali ke pangkuan keluarga.... mereka telah melupakan itu semua.... lupa apa yang kami tekankan.... nak buat camner dah parents mereka tak menyambung apa yang kami beri. Ada juga yang ibunya lebih menyohor berbanding anak.

Mengapa yang dulunya pelajar ku boleh bertudung di maktab tetapi tinggalkan tudung seiring tinggalkan maktab? Ingin dilihat cantik? memang cantik tanpa tudung.... tapikan lebih cantik jika bertudung dan sempurna tutup auratnya.... takut tak cantik kalau pakai tudung? Siapa kata tak cantik kalau bertudung? Ramai di luar sana yang bertudung dan cantik-cantik belaka.... Mereka yang berpendapat bila bertudung kelihatan tak cantik sebenarnya perlu sedar 3 perkara ;
  1. Bodoh. Atau yang sopannya di sebut 'KURANG MAHIR'. Mereka perlu menuntut ilmu. Belajar memilih fesyen yang menepati diri mereka.... warna, corak, potongan baju... padanan tudung dengan wajah dan macam-macam. Bukan kata bila lihat orang lain pakai nampak cantik bermakna kita pakai pun nampak cantik. Fikirlah... apakah - kita ni pakai apa-apa pun nampak cantik, atau nampak cantik kerana ada pakai 'apa-apa'....? atau apakah pakaian tu nampak cantik kerana kita yang pakai atau kita nampak cantik kerana pakaian yang dipakai? Beruntunglah jika pakai apa-apa pun nampak cantik.... berdosalah jika nampak cantik kerana ada pakai 'apa-apa'. Berdosa jika riak atau ujub apabila kita kata pakaian itu nampak cantik kerana kita yang pakai.... dan yakinlah kita nampak cantik bukan hanya kerana pakaian tetabi nur yang terpancar dari rohani kita yang sihat.
  2. Hodoh. Mereka sememangnya tak cantik. Dah spesis tak cantik.... buat lagu mana pun tetap tak cantik.... bertudung tak cantik.... tak bertudung pun tak cantik.... memang tak cantiklah! Kesian... dah lah di dunia tak cantik keadaannya... di akhirat pun dijanjikan tak cantik balasannya kerana dosa mendedah aurat. Kan baeeeek jika pilih bertudung sebab kalau di dunia tak cantik..... tapi di akhirat cantik!
  3. Jodoh. Atau mudah cakap ialah ketetapan. Kita telah dijodohkan oleh tuhan.... setiap makhluk ada jodohnya, akurlah pada sunnah Allah. Muslimah dijodohkan dengan busana muslimah.... musyrikun ada busananya...... kafirun pula ada jodohnya juga.... mengapa perlu mencuri jodoh orang lain? Penampilan dengan busana musyrikun atau kafirun memberi erti kita menafikan yang kita adalah mukminun. Mohonlah perlindungan dengan Allah dari kekhilafan tersebut.

E-Dagang adalah anugerah Allah kepada muslimah untuk menjana ekonomi ummah tanpa keluar rumah.... kadang-kadang keluar rumah banyak fitnah untuk muslimah
Kewajipan menutup aurat untuk muslimah juga membuka ruang para mukminun menghindari kefakiran.... Perniagaan adalah pekerjaan yang sangat dianjurkan oleh Islam. Perniagaan yang menepati kehendak Islam menjamin terhindarnya kefakiran. Perlu diingat bahawa KEFAKIRAN mengundang KEKUFURAN.

Sayang sekali..... dalam memenuhi tuntutan agama, ramai yang menabur wang kepada orang KAPIR. Kalau dilihat di pusat jualan kain atau pakaian. Perniagaan itu milik si KAPIR. Maka ramailah muslim kita yang KUFUR kerana membantu meningkatkan ekonomi si KAPIR dan dalam masa yang sama melupakan konsep FARDHU KIFAYAH.

Ramai masyarakat Melayu Islam kita yang KUFUR kerana FAKIR. Benarkah? ..........
Blog This!

4 comments:

Unknown said...

apabila Islam ialah pada formaliti n praturan tp bkan islam pada hati..

wahai org2 briman, msuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan dan jngan lah kamu ikut akan syaitan.(2;208)

Nizam said...

Terima kasih Remzul di atas ulasannya.

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. [al-an'am : 125]

islah... said...

Memang jika Islam hanya pada nama maka syariah dipandang sebelah mata..tapi jika Islam didalam hati maka islam ada pada dirinya sebati dengan darah dagingnya...maka jika islam jadi amalannya maka luruslah jalannya di syurga dunia dan akhiratnya...

Nizam said...

Yes Is....

di Riau kita telah lihat antara orang awam kita ramai yang perlu ditingkatkan kefahaman Islam sepenuhnya... tugas siapa?

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala