Friday, 28 January 2011

Ustaz Ajai?

Assalamualaikum,

Pernah satu masa dahulu saya makan di Mahkota Prade.... terserempak bekas pelajar makan di tempat yg sama... dia buat dono aje.... dengan seluar sekerat lutut berantai di leher bersama awek free hair nya.... mustahil dia xperasan kerana tempat makan yang agak elit dan xramai orang mcm tu mana boleh xperasan bila berselisih bahu.... atau mungkin dia sendiri malu kerana apa yang kami curahkan telah diberakkan semula tanpa diserap ke badan.....

Itulah kenyataan..... kita hanya berusaha dan berdakwah.... hidayah pula adalah hak tuhan....

Cerita lain pula..... ramai murid yang tidak berapa ingat nama guru-guru di sekolah mereka dulu.... lebih2 lagi jika guru itu tidak mengajar mereka.... sepertinya ini kurang patut kerana berapa kerat sangatlah nama2 guru yg perlu mereka ketahui jika dibanding guru yang perlu mengingati 450 pelajar setiap tahun.

Walaubagaimanapun sekiranya murid2 masih cam wajah2 guru mereka saya rasa Alhamdulillah.... sebab murid kan manusia... mudah lupa.... asal jangan jadi kacang lupa kulit sudah ler....

Ketika aku di Sekolah Menengah Islam Al-Hidayah ada peristiwa menarik berlaku di pintu bilik guru......

Pelajar : Assalamualaikum
Kawan aku : Wa'alaikumussalam, ya nak jumpa siapa?
Pelajar : Ustaz, ni ada folio kakak saya, dia hari ni demam, dia suruh saya hantar kepada ustaz.
Kawan aku : Ustaz siapa kakak awak suruh beri?
Pelajar : Entah! kakak tak ingat nama sebenar dia... tapi kakak kata ustaz Ajai

Setelah aku berpindah ke MRSM Jasin... peristiwa yg sama berulang di bilik guru.... hmm.... memang kat dunia ni ada 7 orang ke yg serupa wajah?



Adey ko seropenyer....

Blog This!

2 comments:

Miera said...

salam, muka ustaz samelah dengan ajai. baru perasan...

Nizam said...

kami sama serumpun Melayu.... gambar saya bersama Ajai byk.... yg saya pakai cermin mata dia pun ada.... saya minta dia kasi saya pakai masa bergambar di Pangkor tu....

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala