Monday, 10 January 2011

Wanita Bekerja, Isteri Membantu

Kesejahteraan di dunia adalah wadah kesejahteraan di akhirat, sejahtera badan memudahkan ibadah, sejahtera ekonomi menghindar perlakuan pencerobohan harta dan maksiat. Islam mewajibkan umatnya bekerja untuk menjamin kesejahteraan di dunia, malah pekerjaan yang baik diiktiraf sebagai ibadah.

Islam tidak melarang wanita untuk keluar bekerja bagi menjamin kesejahteraan mereka di dunia. Bagi wanita bergelar isteri juga tidak dilarang malah digalakkan untuk bekerja membantu suami. Dalam hal membantu suami, wanita dibebani tugas dan tanggungjawab yang berat iaitu membantu suami menambah pendapatan keluarga, membantu suami mengurus rumahtangga dan membantu suami memelihara anak.

Sejauhmanakah suami perlu dibantu oleh isteri untuk pendapatan seisi keluarga? Pendapatan yang bagaimanakah yang cukup untuk seisi keluarga sehingga boleh diisytiharkan isteri tidak perlu keluar bekerja untuk membantu suami mencari pendapatan keluarga? Benarkah isteri yang bekerja itu membantu suami dalam mencari pendapatan keluarga atau isteri bekerja hanya untuk membolehkan keluarga hidup mewah?

Timbul beberapa persoalan ;

Apa hukumnya suami yang membenarkan isteri keluar bekerja semata-mata untuk membolehkan seisi keluarga hidup mewah?

Apa hukumnya suami yang membenarkan atau mengharap isterinya keluar bekerja kerana kesempitan dan keperluan keluarga yang tidak mampu dipenuhi oleh suami?

Apa hukumnya isteri yang keluar bekerja bukan kerana membantu suami memenuhi keperluan keluarga tetapi sebaliknya semata-mata untuk memenuhi keinginan wanita seperti perhiasan atau bermewah-mewah?

Apa hukumnya? Apa hukumnya?


Islam tidak meletakkan hukum yang qat'ie kerana hukum wanita bekerja adalah bergantung kepada keadaan wanita itu. Apa yang pasti adalah hukum memelihara kehormatan wanita adalah wajib yang qat'ie. Selama kehormatan wanita terpelihara dan jauh dari fitnah maka tiada keharaman untuk wanita keluar berkerja. Begitu juga hukum suami yang mengizinkan isteri keluar berkerja, selagi isteri terpelihara kehormatannya dan anak tidak terabai dari tanggungjawab ibu bapa maka tiada halangan untuk mengizinkan isteri bekerja.

Isteri keluar berkerja sering menghadapi cabaran masalah memelihara anak terutamanya yang masih kecil.Beberapa keperluan anak bergantung kepada ibu seperti penyusuan susu ibu. Makanan terbaik yang disediakan oleh Allah kepada bayi adalah susu ibu. Penyusuan terus dari ibu adalah paling terbaik kerana makanan bayi terhindar dari pencemaran ditambah dengan kemesraan dan kasih sayang yang wujud antara bayi dengan ibu saat penyusuan dalam dakapan ibu.

Menurut Islam tempoh penyusuan terbaik adalah selama dua tahun. Dalam tempuh itu ibu wajib memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembesaran fizikal anak. Setelah itu disambung dengan pembesaran rohani, akidah dan sahsiah. Pengabaian pendidikan rohani dan sahsiah sejak rebong akan menjanjikan masalah pembentukan jati diri muslim sejati apabila meningkat remaja.

Atas pertimbangan permasalahan di atas, berbaloikah isteri yang bekerja dengan gaji kecil dan hanya semata-mata dapat menampung kos susu formula dan kos pembantu rumah? Sedangkan Allah telah mengurniakan susu percuma dan kerja-kerja rumah boleh diurus sendiri?

Berbaloikah isteri meninggalkan suami sedangkan tanpa disedari telah membina bom jangka untuk suami terjerumus ke lembah sumbang mahram atau zina yang lain.

Alangkah malangnya jika wanita keluar bekerja semata-mata mengutamakan kerjaya dan dan perasaan sendiri daripada tanggungjawab membina rumahtangga sempurna yang bahagia.

Bagi wanita yang bekerja di luar kerana khidmatnya diperlukan oleh masyarakat dan memberikan pulangan menguntungkan keluarga dan pendidikan anak, mereka perlu bijak membahagikan masa untuk melayan suami dan anak-anak. Manakala suami hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memikul tanggungjawab mengurus rumahtangga kerana suami isteri yang cemerlang dalam menjalankan tangungjawab masing-masing membentuk keluarga sihat yang menjadi tunjang masyarakat sihat ke arah pembangunan negara.
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala