Anak aku ingin pergi atau pulang dari sekolah dengan menaiki van sekolah seperti kawan-kawan mereka dengan alasan tidak mahu menyusahkan abinya, saat pulang dari sekolah boleh transit di rumah jiran yang juga rakan sebayanya. Alahai bagusnya anak aku.... tak mahu aku susah pergi balik atau terkejar-kejar untuk hantar jemput mereka.
Bagi aku... susah payah itu semua tidak seberapa jika dibanding dengan ibu bapa aku suatu masa dulu yang lebih bersusah payah untuk menyekolahkan aku. Meskipun abah ada lesen besar (cuma motor roda tiga, keretapi, kenderaan udara dan air sahaja yg tidak ada lesen, selain itu abah boleh bawak/kendalikan) tetapi Abah hanya ada sebuah motorsikal manakala mak suri rumah sepenuh masa yang memiliki sebuahn basikal. Dengan motorsikal abah berulang alik menghantar aku dan adik beradik ke sekolah.
Ruang Memberi Nasihat
Aku memilih menghantar sendiri anak-anak ke sekolah kerana wujud ruang di dalam perjalanan untuk bermesra dengan mereka seperti berbincang mengenai pelajaran dan memberi nasihat serta arahan supaya mereka maju dalam pelajaran. Kadang-kadang aku pada waktu itu aku bersenda gurau secara wajar dengan mereka.
Berbincang, bergurau atau berkomunikasi dengan mesra adalah perlu kerana aku tidak mahu anak-anak aku takut kepada ku kerana kesannya mereka akan menjauhkan diri dari ku apabila remaja nanti, akhirnya sukar berkomunikasi dengan ku kerana telah diajar supaya takut kepada ku. Sebaliknya aku berusaha menanam rasa kasih dan hormat kepada ku melalui kemesraan, nasihat dan hukuman sewajarnya apabila berulangkali melakukan kesilapan.
Bersenda Gurau Dalam Batasan
Aku mesti berusaha memelihara batas gurau senda dengan tidak menceritakan perkara-perkara tidak sopan atau menimbulkan gelak hilaian tawa, cukup sekadar menimbulkan rasa geli hati yang melahirkan kegembiraan dan kemesraan.(Tapi dah namanya budak kecik.... gelak yang kuat kadang-kadang berlaku juga.... tapi yang penting bukan kita yg dewasa ni yg gelak lebih2)
Dalam bermesra dengan mereka, aku berusaha mengambil tahu masalah dan berbincang untuk mengatasinya bersama seisi keluarga apabila perlu bagi membangkitkan rasa bertanggungjawab bersama terhadap masalah keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
-
Kawan-kawan ramai yang tanya.... ada buat program khidmat masyarakat antarabangsa tak tahun 2013 nanti... aku tak tau nak jawab... bergantun...
-
Hubungi 0126561520 untuk makluman stok dan harga. Bermula dengan dua ekor anak arnab hadiah untuk anak saya. Setelah membesar dan beranak s...
-
PROGRAM PENDIDIKAN GLOBAL DAN KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA anjuran Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Maktab Rendah Sains ...
-
Hari ini hari kelima sessi latihan KKU di Kompleks JPAM Ayer Keruh Melaka.... Kadet dan SISPA keletihan dan kadang-kadang tertekan... selain...
-
NGV dah ada banyak... dah tak susah macam dulu.... Aku mula pakai NGV pada tahun 2006 kerana berulang ke Pulau Pinang dari Melaka hampir du...
-
Tahun ni dah 11 tahun aku duduk di Jasin Melaka.... oleh kerana kg aku di Johor banyak perusahaan kerepek dan biskut raya.... maka setiap t...
-
lihat juga : http://homeroomabi.blogspot.com/2011/12/fathi-ihsan.html Maafkan Abi, Ihsan.... abi xsempat menemui mu buat kali terak...
-
Seorang pekerja lanskap di MRSM Tun Ghafar Baba telah diserang penceroboh yang mengganas. Mangsa yang tercedera telah mendapat rawatan awal...
-
Memang terbaiek...kartun nih... anak bujang aku tengok berulang2 pun xjemu... hmmm apa la... boboi boy....
daftar isi
Loading...
0 comments:
Post a Comment