Monday 23 May 2011

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENJADI KETUA YANG DIHORMATI

Menghormati orang lain adalah penting kerana ia merupakan modal untuk dihormati. Apa yang perlu dibuat jika berhadapan dengan mereka yang tidak tahu menghormati orang lain? Balasan bagaimanakah yang layak diberi sebagai pengajaran kepada mereka atau diserah sahaja kepada tuhan untuk membalasnya kerana kita tidak berhak melakukan kezaliman walaupun terhadap mereka yang menzalimi kita?
Apakah ukuran yang wajar dipegang bagi melayakkan seseorang itu dianggap tidak menghormati orang lain? Apakah melalui percakapannya.... yang kasar mulutnya dengan keceluparan serta menyakitkan hati bila didengar, atau melalui perbuatannya.... mementingkan diri serta tidak menghargai orang lain.

Benarkah mereka yang banyak bercakap berbanding mendengar adalah mereka yang sukar untuk menghormati orang lain? Bagaimana pula jika mereka yang banyak mendengar berbanding bercakap.... apakah mereka ini pula lebih menghormati orang lain.

Mungkin mereka yang lebih mendengar berbanding bercakap terserlah tanda-tanda menghormati orang lain. Sedangkan mereka yang banyak bercakap pula tidak semestinya sukar untuk menghormati orang lain kecuali jika bercakap dengan memotong percakapan orang lain tanpa cuba memahaminya terlebih dulu atau menanti selesai orang lain bercakap.

Malangnya mereka yang banyak mendengar lebih mudah tersalah langkah..... bertindak dengan zalim. Bagi menghindari perkara ini perlulah BANYAK MENDENGAR dan BANYAK BERBINCANG dengan BANYAK ORANG yang BANYAK KAITAN dengan isu tersebut.... dengan demikian kita akan mendapat maklumat yang betul setelah mengkaji dari pelbagai sumber. Maklumat yang betul menjamin tindakan yang betul.

Entahlah.... apa-apa pun kita hendaklah memberi kata-kata yang sopan, lemah lembut dan beradab ketika bercakap kerana ia dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Sumpah seranah, kutuk mengutuk dan maki hamun yang keluar dari mulut kita adalah cukup untuk menilai harga diri kita yang 'zero'...... oleh itu biarlah yang sedap didengar apabila bercakap... kerana kata-kata yang MACAM HARAM keluar dari mulut kita mungkin disebabkan SESUATU YANG HARAM pernah masuk ke dalam mulut kita..... muhasabahlah.
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala