Kedamaian dan ketenangan |
Waktu itu aku tertanya-tanya kenapa setiap kali ustaz cerita tentang syurga mesti ada sebut sungai.... hari ini aku lebih faham mengapa syurga itu dijadikan sungai di dalamnya.... kerana SUNGAI ADALAH TANDA-TANDA KEDAMAIAN. Cuma.... sungai di syurga itu tidaklah seperti sungai di dunia ini...
Contoh ayat yang menjelaskan sungai di dalam syurga ;
- Al-Baiyinah ayat 8
- Azzumar ayat 20
- Muhammad ayat 15
Ketika Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w., baginda telah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wangi-wangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.
--------
Sumber post ini adalah dari sumber sekunder, mohon maaf jika terdapat khilaf dan kritikan dari para pembaca adalah diharapkan.
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
http://www.ahmadhasyimi.com/?p=487
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8404.0
Setelah berpeluang menyusuri sungai... maka aku dapat memahami damai yang terdapat di sungai... ayuh ke Sungai Rambai Melaka untuk merasai kedamaian Sungai Kesang...
Rondaan bersama pasukan bomba |
Sungai Kesang di Sungai Rambai Melaka memiliki keindahan tersendiri |
0 comments:
Post a Comment