Friday, 22 July 2011

2012, MAMPUKAH AKU BERSAMA?








18 Julai 2011 8.30 pm yang lalu kami bermuafakat untuk menikmati sea food di Umbai. Jamuan khusus bersama warden sahaja bertujuan membina kemesraan dan mengembalikan keseronokan sebagai guru asrama di MRSM TGB....
Kalau difikirkan memanglah memeningkan kepala bila menjadi warden ni.... lebih-lebih lagi berhadapan dengan pelajar yang 'pintar' dan berlatar belakangkan keluarga yang 'berkedudukan'.... sakit kepala kita bila di'pintar-pintari' dek bebudak tu.... dan payah juga mencari 'alas' kata bila berdialog dengan parent mereka....
Aku sepertinya tidak mampu untuk meneruskan menjadi warden pada 2012 nanti.... sebagai KJ yang bekerja waktu pejabat (8.00 - 5.00) memang cukup meletihkan untuk datang semula bertugas warden waktu malam, lebih-lebih lagi apabila dah menjangkau zon veteran nih.... tu belum kira bila ada kelas 7.40 pagi yang pastinya clock in jam 7.30 pagi... pastu 5.00 pm baru balik.... letih wo.... Malah lebih kemahadahsyatan lagi letihnya jika ada kelas jam 1.10 - 2.10 pm....
Soal siasat segera sebelum terlambat

Roll Call malam.... bukan mendera tetapi menjaga
Aduh.... roll call malam 'tetiba' cukup berat untuk aku sertai setelah sepanjang siang bekerja..... tetapi aku mesti sertai kerana itu adalah cara yang paling baik setakat ini dan belum ada ganti. Sekiranya ia dirancang dan dimaklumkan awal maka boleh la... aku lolap mato dulu elok2 lepaih Isya.... pastu jam 11.30 pm bangkit dan start keto pi maktab.... tapi kalo jenis 'tetiba' ni yang payoh....

Wallahu a'lam....

selagi kederat ada....
aku terus mencuba...
biar apa dan siapa menyapa....
aku berserah kepada Yang Esa....

seandai tiba tiada upaya...
pasti ku gembira....
kerana....
diingati sepanjang masa....
dikenang setiap jasa...

Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala