Islam sangat menganjurkan amalan bersedekah. Bersedekah memberikan kesan positif terhadap banyak perkara dan urusan hidup di dunia. Dengan bersedekah dapat mengubat sedih..., mengubat resah..., memupuk kasih..., memupuk tabah...., membina hati bersih..., membina sifat redha...
Bersedekah atau berbelanja untuk ahli keluarga sendiri lebih utama kerana dapat mewujudkan dalam keluarga perkara-perkara yang telah disebutkan di atas.
20 Julai 2011 adalah ulang tahun ke 14 perkahwinan aku. Hari ini diraikan bersama mereka yang aku cintai. Meskipun sekadar belanja makan.... tetapi infak dari saku ku yang keluar pada hari tersebut dapat memberikan ku kegembiraan, ketenangan, rasa bertambah kasih, rasa bertambah tabah, hati ku bersih dan aku redha kepada takdir-Nya.
|
Sengih kegembiraan |
|
Yang Dikasihi |
|
Yang Disayangi |
|
Suap - di antara rahsia abah mak aku kekal bersama |
|
Janji ku tunaikan..... |
|
Double Lamb Chop.... |
|
Double Chicken Chop.... |
0 comments:
Post a Comment