Sunday, 17 July 2011

INSPECTION ASRAMA, PAHIT TAPI MANIS


Inspection awal bulan Julai lalu, sessi penilaian dan muhasabah
Inspection
Tadi pagi aku ronda asrama putera dalam tugas memantau LDP membuat inspection.... sedih aku tengok budak2 ni... mengapa mereka tidak seperti dulu... mungkin kerana zaman telah berubah..... atau aku yang  dah tua dan cepat marah....
Bagi meredakan marah di hati... aku terus berehat di bilik gerakan.... sambil merenung microphone aku berfikir.... "mestikah aku roll call kan budak2 ni semua?" atau biarlah mereka begitu kerana itu pilihan mereka dan aku sudah tidak mampu melakukannya seperti dulu....

Dulu
"Assalamualaikum w.b...., perhatian kepada semua pelajar putera MRSM Jasin... anda diwajibkan berkumpulan di Dataran Cendikiawan pada jam 10.30 pagi ini... "
Itulah pengumuman yang pasti akan aku lakukan apabila inspection pagi tidak memuaskan hati aku. Terdapat beberapa perkara yang telah dibudayakan dalam MRSM Jasin suatu masa dulu... ia bukanlah sejarah kekejaman warden... tetapi kegigihan warden dalam memupuk budaya cemerlang dalam kalangan pelajar MRSM Jasin.

Badan Kepimpinan Pelajar
Selain BWP...., LDP dan BADAR adalah pelajar2 yang sangat membantu warden dalam membentuk pelajar berdisiplin di asrama dan di maktab pada amnya. Suara mereka adalah menyamai suara para warden/guru.... ingkar arahan mereka bererti ingkar arahan warden/guru, itulah peringatan yang kerap aku tegaskan kepada semua pelajar MRSM Jasin. Mereka mesti taat kepada BKP selama mana menurut kewarasan akal ia tidak meyimpang dari kebenaran.... dan sekiranya terdapat penyelewengan maka pelajar boleh terus mengadu kepada penasihat/warden/guru dan biar kami yang mengatasi masalah tersebut. BKP mestilah dihormati seperti mereka menghormati guru.... ini kerana tidaklah BKP itu berbuat sesuka hati melainkan mengikut arahan dan tugas yang diberikan oleh warden/guru.

Dera
Semua pelajar telah maklum, sekiranya roll call tertentu diadakan itu bererti penderaan pasti menanti mereka.... tidak terkecuali BKP.... di antara bentuk penderaan berkumpulan yang biasa saya lakukan adalah ;
  1. Berdiri dalam keadaan sedia sepanjang sessi 'pencucian' telinga
  2. Melutut sambil mendepakan tangan rapat di sebelah cuping telinga (sekiranya ada yang bercakap ketika saya 'mencuci' telinga mereka)
  3. Jalan itik bagi mereka yang lewat turun
  4. Tekan tubi berjemaah dalam kiraan masa saya
  5. Lompat bintang / tepuk lalat berjemaah dalam kiraan masa saya
  6. Berkawad (biasanya pengumuman roll call akan ditambah 'lengkap berpakaian sukan')
  7. Static dalam posisi down...
Serta lain2 jenis deraan yg aku rasa tak perlu diceritakan (seperti berguling2 kiri dan kanan). Apa yang perlu disampaikan di sini dan lebih utama dikongsi berbanding macam2 deraan tadi adalah sebab2 mereka didera. Antara lain adalah ;
  1. Tidak saling menghormati, seperti gotong-royong membersihkan asrama tidak siap sedangkan inspection tetap berjalan apabila tiba waktunya. Apabila aku dapati rupa diri pelajar tidak kemas... malah lebih segak dan kemas inspector berbanding yang diinspect maka aku akan hukum satu blok tersebut. Pernah juga suatu masa dulu ketika nak masuk ke dorm, aku dapati lantai basah.... ini seperti menganjing2kan inspector yang lengkap berstokin dan pasti basah stokinnya (inspector perempuan) apabila masuk dorm. Akhirnya mereka dipanggil berkumpul di DC meskipun inspection baru bermula.
  2. Tidak bekerjasama, apabila aku dapati dalam dorm itu ada pelajar yang baru bangun tidur, masih bertuala, berseluar pendek... maka itu memberi erti mereka tidak bergotong-royong bersama-sama. Tidak mengemas partition sebelum meninggalkan dorm kerana urusan luar maktab juga adalah tanda2 tidak bekerjasama terhadap program wajib maktab iaitu inspection asrama.
  3. Tidak menepati masa, berpunca tidur selepas Subuh maka gotong-rotong dimulakan lewat atau tidak kesemuanya terlibat menyebabkan beban kerja dipikul sejumlah kecil pelajar sahaja dan akhirnya dorm tidak sempat dibersihkan sebelum  inspection bermula. Tiada istilah tidur selepas Subuh, sebaliknya pelajar wajib membaca al-Quran dan terus bersarapan sebelum memulakan gotong-royong di dorm.
 ....bersambung


Kasihan anak2 aku terkial2 buka durian.... hm.... cerita inspection ni aku sambung nanti2 lah.... baik aku layan durian.... kalau yg semalam isinya PAHIT TAPI MANIS...... yg ni mcm sama jer....
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala