Pada hujung 2002 kalau tak silap aku le... aku bersama anak sulung aku menemani isteri ku membeli belah keperluan bayi (anak kedua ku) di pasaraya tersebut. Anak sulung aku agak lasak dan suka menjelajah setiap sudut pasaraya, tetapi aku suka dan bangga kerana dia comel dan agresif, aku ikuti sahaja ke mana dia pergi hinggalah tiba di Mc D lalu dengan sedikit pelat anak aku bersuara "nak makan ayam"
Dalam dompet aku terdapat hampir RM1K.... lalu aku tarik RM50 dan letak di dalam saku seluar sebelah kanan bersama beberapa RM1 yang telah sedia ada. Sambil mendukungnya aku melihat2 kalau ada yang boleh dibeli... Fikiran ku mula mencari-cari sesuatu untuk anak aku, hm... ayam goreng? kalau kentang goreng, burger..... lalu aku terpandang ice cream cone yang hanya bernilai RM1..... ha! yang tu je lah murah!....
Setelah anak aku bersetuju makan ais krim jer... lalu aku pun beli..... lalu jurujual pun menyerahkan ais krim tersebut kepada anak ku.... aku pun menarik RM1 dari dalam saku dan membayarnya.
Ketika menemani isteri ku untuk membayar barangan yang telah dipilihnya.... aku tercari2 RM50 yang aku letak di saku kanan tadi.... tidak ditemui kecuali beberapa helai RM5 dan RM1 sahaja....tiada RM50 pun....
Alamak! mana duit aku..... ke mana RM50 aku tadi?
Dalam perjalanan ke rumah aku hanya membisu sambil memikirkan RM50 tersebut.... isteri aku cakap apa-apa pun aku tak tau kecuali.... "Itulah abang.... kedekut dengan anak.... kadang2 RM yang ada pada kita ni sebenarnya hak anak... kalau kita tak berikan hak itu... maka Allah ambil semula la...."
Mulai peristiwa tersebut, aku tidak lagi berkedekut dengan anak sendiri.... jika ada RM yang datang tanpa diduga... rezeki terpijak kata orang tua-tua... aku pasti akan bawa famili aku pergi makan-makan.... atau tanya jika ada pape yang mereka nak beli.....
Ha! pilih jer... bebas... |
"Ye jer.... betul ke...Abi ada duit ke?" |
Sedap.......! |
Razin : Berapa ringgit abi?
Aku : RMtuuut.....
Razin : Ish!, ish....! boleh makan chicken chop sepuluh kali kita sorang.....
Aku : Nanti esok2 kita makan chicken chop ajak umi skali... kat WindMill
Afif : Bila? nak-nak.....
Razin : Membazir je.... beli kereta control pun boleh....
0 comments:
Post a Comment