Masa tinggal 15 minit.... dan perempuan melayu terakhir terus menjawab... |
Peperiksaan berjalan dengan lancar... calon telah tahu untuk bertindak mengisi maklumat peribadi di dalam borang yang diberi.
Salah Tempat
Oleh kerana jadual periksa hari ni selama 3 jam, maka ramai yang meminta izin untuk ke tandas.... ditambah pula faktor hujan.... tu yang ramai nak terkuncin....
Ada seorang guru yang baru balik dari tandas dengan segera menuju ke meja kosong, setelah dilihat rupa-rupanya meja itu memang kosong kerana ada calon yang tidak hadir, kemudian guru itu bangkit melangkah beberapa meja ke depan menuju mejanya yang sebenar.
Angkat Tangan
Setiap calon yang memerlukan sesuatu akan mengangkat tangan agar kami yang mengawasi peperiksaan dapat menyedarinya dan segera menghampiri calon tersebut. Setelah ramai yang bersilih ganti mengangkat tangan minta izin menghantar jawapan dan keluar dewan maka banyak lah meja2 kosong... oleh kerana boring menjaga tiba2 melanda maka aku pun duduk di salah satu meja kosong dan mengangkat tangan tinggi2 seperti yang dilakukan oleh calon2 sebelum ini.... maka sahabat ku yang penuh dedikasi bersegera menghampiri meja ku.... ha2... ha2.... "nak kena rotan!" sahabat ku bisik kat aku setelah tiba di meja tersebut....
Berlapar
Terdapat satu lagi meja kosong kerana difahamkan calon tersebut terlibat dengan kemalangan jalan raya, setelah hampir satu jam masa akan tamat... muncul seorang wanita Cina yang kelihatan pucat ingin menduduki peperiksaan... ketua pengawas tidak membenarkan... setelah wanita itu merayu dengan air mata sambil memegang tangannya yang sedikit cedera... akhirnya dia dibenarkan menduduki peperiksaan, nah ketua pengawas itulah sendirian menunggu calon itu menjawab.... dari jam 12.00 tgh hingga 3.00 ptg kecuali kalau calon itu siap lebih awal... apa yang pasti adalah ketua pengawas itu tentu berlapar.....
2 comments:
rakan2 guru sy ramai yg menduduki final exam ni... dr UPSI jgk, tp pusat pembelajarannya di UTHM...
Ini kali pertama UPSI buat exam kat MRSM TGB, mungkin exam berikutnya pun di sini kerana dewannya selesa...
Post a Comment