Perrhh... letih lengan, bahu dan tengkuk.... bergilir2 lah mengendalikan bot... |
Pemerhatian ke laut luas dengan penuh harapan.... |
Setelah makan dan solat.... dengan rasa penuh semangat ingin berjasa kepada negara aku pun terus turun ke PPAD Jasin.
Berikut sedikit berita yang aku baca dari internet.... (gambar aku sedang pasang enjin bot)
UMBAI – “Dia sempat menjamu emak kami makan durian sebelum keluar rumah untuk pergi memancing,” kata Micheal Lee, 41, yang merupakan abang ipar kepada Choy Tze Choong.
Tze Choong, 28, hilang selepas dipercayai lemas selepas hilang semasa keluar memancing di laut.
Menceritakan detik kejadian, Michael berkata, mangsa keluar rumah kira-kira 7 petang kelmarin untuk pergi memancing bersama tujuh lagi rakannya berhampiran sempadan perairan antarabangsa.
“Inilah kali pertama dia pergi memancing di laut dan sejauh itu. Kami langsung tidak dapat menghubungi dia kerana dimaklumkan telefon bimbit diberikan kepada kawan untuk disimpan.
“Bagaimanapun, pemandu bot itu memaklumkan semasa dalam perjalanan pulang 7 pagi tadi (semalam), adik saya ada berjalan-jalan di atas bot.
“Dia tidak memakai jaket keselamatan dan ditegur pemandu bot supaya memakai baju. Rakan-rakan yang lain sedang tidur,” katanya ketika ditemui di jeti nelayan Umbai, di sini semalam.
Bagaimanapun, pemandu bot menyedari mangsa tiada lagi bersamanya kira-kira 15 minit kemudian dan cuba mencari tetapi gagal ditemui.
Mangsa yang bekerja sebagai pendandan rambut di Kuala Lumpur pulang ke rumah ibunya di Bachang selepas memberitahu tidak selesa dan tidak dapat berniaga gara-gara perhimpunan Bersih, Sabtu lalu.
Sementara itu, kerja-kerja mencari membabitkan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta tentera selepas rakan-rakannya membuat laporan polis 8 pagi, semalam.
Sehingga 10 malam tadi, mangsa masih belum ditemui.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9319525.asp
0 comments:
Post a Comment