Kemarin datang lagi pelajar meminta tolong membeli tiket bas pulang bercuti raya... meskipun aku tinggal jauh dari bandar Melaka... namun apabila pelajar datang berjumpa aku dan meminta sesuatu / pertolongan.... aku rasa berat untuk menolak permintaan mereka, meskipun aku tidak perlu menerimanya kerana mereka mempunyai penasihat masing-masing... atau mereka perlu mencari guru yang tinggal berdekatan dengan Melaka Sentral...., tetapi kadang-kadang aku terfikir bahawa mereka berjumpa aku kerana mereka merasakan hanya aku harapan mereka.
Pada awalnya memang aku telah merancang untuk pergi ke pusat servis NGV di Peringgit pagi Sabtu kemarin... tetapi setelah diumumkan 20hb Ogos adalah sekolah ganti maka aku membatalkannya kerana hari persekolahan pada pagi tersebut, manakala pada waktu petang aku takut tak sempat nak servis unser kerana mengiring pelajar ke masjid Simpang Kerayong untuk program berbuka puasa dan solat tarawih anjuran belia.... lagipun malamnya pula ada qiamul lail perdana di maktab.... aku perlu rehat kira2 lepas Zuhor....
Apakan daya... aku hidup bermasyarakat.... ketika hendak berehat selepas Zuhor... tiba2 kawan aku minta jemput dia di bengkel kereta.... oleh kerana kawan aku tinggal berhampiran bandar Melaka.... maka aku pun buat keputusan untuk membeli tiket pelajar pada petang itu setelah hantar kawan ku ke rumahnya...
Alamak.... jalan menuju ke Melaka Sentral sesak.... ni macam tak sempat jer nak tiba maktab sebelum 5.00 ptg ni...
Setelah membeli tiket untuk pelajar.... aku segera kembali ke Jasin.... ketika melewati di depan rumah aku... aku capai tuala dan baju melayu lengkap.... al-hamdulillah aku sempat urus pelajar menaiki bas untuk ke masjid.... tetapi aku? macam mana? nak mandi di mana? nak tuka baju di mana?
Aku nampak kereta Adha ada di rumah dia.... rumah ketua warden.... "Hello... Deha! ko ada kat rumah ke....? aku tumpang mandi....." Alhamdulillah aku dapat tempat nak bersiap... aku mandi di rumah ketua warden... "Aduh! kenapa shower ni dari dulu tak diatasi masalah airnya yang slow...." Nak buat macam mana... hajat nak mandi telah bertuka ke 'membasah badan je...' bengang betul.... letih yang ada tak berkurang sikit pun... lebih bengang lagi kerana terpaksa mengadap shower tu lagi yang suatu masa dulu menjadi penyebab kecil aku pindah dari rumah tu....
Di masjid para pelajar cukup gembira bergambar bersama Datuk Ali Rustam... eh aku pun masuk dalam gambar juge....
"Lain macam jer budak2 ni..., macam ada yang kurang jer.... diaorang merayap ke mana?"
Aku, Radzi dan HEP pergi meronda asrama.... Radzi jumpa la satu pelajar di bawah katil.... "ASTAGFIRULLAH!!! ko buat apa kat bawah ni....? semua pegi masjid.... apsal ko kat sini?"
Akhirnya tertangkaplah TIGA budak lelaki yang senyap2 duduk di asrama..... tetapi pelajar sebenar yang kami cari tak dijumpai..... letih betul nak layan budak 'kreatif' tu..... macam-macam idea pelik yang melanggar peraturan maktab diaorang buat.... kalau ikut hati nak aje dibiarkan.... nak jadi apa jadik lah.... lagipun bapak dia tak mau datang bila pihak maktab panggil nak berbincang.....
Setelah moreh di masjid... sup aje... air dan roti dah sapan.... aku, HEP dan Ketua Warden pulang ke maktab sambil memantau pelajar yang berjalan masuk ke maktab....
On the way home.... aku singgah ke warung Yusop.... nak minum milo.... nak bagi lelap mata cepat.... sebab pukul 3 pagi nanti kawan aku nak jemput aku ketika dia on the way ke maktab.... dia dah janji... nak naik kereta dia yang dah siap keluar dari bengkel....
aaaduuuuhh! kenapa mata ni tak mau lolap..... aduuuuh.... ...... ......... zzzzz.... zzzzz...
" "(alarm hp) Alamak dah kul 5.00 am.....!
Kita selalu diuji oleh Allah dengan permintaan / bantuan pada saat kita kesempitan..... sejauh manakah kita mampu menghadapinya......?
Don't let those who hope in you be sad because of you...
0 comments:
Post a Comment