[Baca Satu]
Bagi lelaki yang menyedari hakikat dalam diri mereka.... nescaya mereka akan tegas berusaha memenuhi janji ke atas diri mereka untuk memastikan ISTERI PERTAMA mereka bahagia....
Lelaki yang berjaya menjaga dan membahagiakan ISTERI PERTAMA mereka adalah insan cemerlang yang dituntut oleh Islam.... bahkan Islam lebih memuliakan mereka yang berjaya membahagiakan KEEMPAT-EMPAT ISTERI mereka....
Munajat Isteri Solehah |
Oleh demikian.... fahamlah kita bahawa sekiranya ISTERI KEDUA atau ISTERI KETIGA atau ISTERI KEEMPAT menyebabkan ISTERI PERTAMA kita menderita.... maka jangan dikejar KETIGA-TIGA isteri tersebut sehingga mengabaikan ISTERI PERTAMA..... maka, utamakanlah ISTERI PERTAMA....
SILA BACA [baca dua] DI BAWAH... KEMUDIAN, SEKALI LAGI BACA [baca satu] DI ATAS....
[Baca Dua]
Ada seorang lelaki mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Isteri keempat adalah yang tercantik di antara isteri-isterinya. Maka, lelaki ini memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya.
Dia juga mencintai isteri ketiga. Berbangga dengan isterinya, sering memperkenalkan isteri ketiganya kepada semua sahabat serta bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Terhadap isteri kedua, dia sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Ketika mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isteri kedua ini. Dialah tempat berharap yang selalu menolongnya melalui masa-masa yang getir.
Luruskanlah Hati ku Ya Allah... |
Suatu hari ketika menyedari ajal lelaki tersebut telah tiba. Dia mula mengingati kembali kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah.... sekarang aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya menjawab ; "Tentu saja tidak!". Jawapan itu sangat menyakitkan dan menghiris-hiris hatinya.
Lalu dia bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini, ramai yang mengejar ku. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Lelaki itu kesal dan pasrah dengan jawapan isteri ketiganya.
Ditanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Lelaki itu putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Melihat ke arah suara itu, didapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya kelihatan begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, lelaki itu terharu, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini wahai isteriku."
Kita punya empat orang isteri ;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah jawatan, pangkat dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.
FIKIR-FIKIRKAN...... sila baca petikan [baca satu] kembali.....
Petikan asal : http://www.facebook.com/notes/blog-teh-secawan/4-isteri-jagalah-yang-pertama/251316034897231
0 comments:
Post a Comment