Thursday, 24 November 2011

CUTI SEKOLAH BEST KE?

Hari ini cikgu2 MRSM TGB memulakan hari cuti sekolah mereka.... aku yang berada di dua alam pun cuti juga.... sebab aku adalah cikgu meskipun sebelah kaki ku dalam barisan pengurusan.

Hari ini juga aku rasa rindu semacam kat bilik aku... mungkin kerana ada dua fail di atas meja yang belum ku serah ke TP...  tapi minggu ni TP tiada di maktab.... minggu depan nampaknya aku kena masuk opis le... nak tacap (touch up) skit2 pastu serah kat TP.....

atau... aku rindu kat kawan aku.... kalau dah setiap hari, setiap pagi aku jumpa dia..... kadang2 bukan bincang pasal kerja... tapi yang pasti ialah "jom! sarapan apa kita pagi ni...." dan sambil 'ngeteh' tu baru....lah kami bincang pasal kerja....

Lagipun minggu depan aku adalah warden bertugas.... rindu rasanya suasana ronda larut malam di sekitar asrama... aku harap pelajar2 yang sedang berdepan dgn SPM kali ni sama elok macam tahun lepas.... jangan macam sepuluh tahun lalu.... pening kepala.

Dulu.... macam2 benda pelik berlaku... paling bahaya adalah skodeng di aspuri.... tapi sekarang alhamdulillah.... dah berubah.... skodeng di aspura plak.... he2... he2... acah jer...

Budak sekarang dah lebih bertaqwa.... lapang minda para warden....

Dulu juga.... jaga yang meronda sering mengadu kat aku.... jumpa 'tu' jumpa 'ni'..... meremang juga bulu tengkuk aku bila dengar.... tapi aku mohon kepada tuhan agar tidak ditemukan dengan benda2 tu.... aku tak takut tapi seram gak....

tapi sekarang dah tak dengar benda2 tu lagi.... mungkin dah pindah kot.... atau dah ikut budak2 dulu balik kg diorang.... kah2... kah2...

Oh... esok nak gi K.L., bawak anak beranak merayap, pastu balik singgah Port Dickson.... makan nasi minyak sambil survey percutian BADAR 02 Disember nanti....

Cerita pasal Percutian BADAR di PD.... teringat aku kat Una... moga dia terus cemerlang ke menara gading... juga group BADAR dia.... telah banyak mereka tolong aku suatu waktu dulu.... tipu aku pun ada gak... tipu di hari lahir ku....

Cerita sebagai penasihat LDP, penasihat BADAR, penasihat Homeroom adalah cerita lama aku.... dan apakah tahun depan cerita pasal warden juga menjadi cerita lama aku? wallahu a'lam... yang pasti aku tidak lagi bermain dengan pelajar lagi... tetapi aku bermain dengan rakan sekerja ku....

Tahun depan aku perlu berubah, tiada taman di hati.... tiada tumbuhan yang hidup... kerana aku perlu ber 'hati kering'.... aku buat seperti kata hati aku... tidak seperti kata orang.... aku mesti seperti jari ku sendiri....I iaitu ;

  1. ibu jari....C : BAGUS... aku mahu mereka selalu melihat ibu jari ku... kerana aku selalu mengatakan mereka BAGUS... dan aku pun kena bagus sama le....
  2. jari telunjuk....G : KUASA... aku mahu mereka mudah melihat jari telunjuk ku... agar mereka faham dan mudah bertindak.... dan aku pun kenalah kerap mengarah
  3. jari tengah/hantu.... : PENGANTARA.... aku mahu mereka sedar bahawa aku hanyalah pengantara di antara guru dengan pihak pengurusan.... dan aku mesti bertindak benar walaupun pahit....
  4. jari manis....: BERHARTA (jari ada cincin).... aku mahu mempunyai harta secara peribadi...agar aku tidak menyusahkan orang lain... jabatan aku pun mesti ada harta supaya boleh buat program utk guru2 ku...
  5. jari kelingking.... : KERJA... JANGAN TAK KERJA..... (jari korek hidung).... aku mahu semua guru2 ku sama2 kerja.... kerja2 sama.... dan kerjanya sama (agihan beban).... tapi bukan kerja yang sama je.... biar masing2 boleh cari pengalaman berbeza.....
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala