Wednesday, 7 December 2011

MASA CEPAT BERLALU

DAH SETAHUN

Semalam anak aku mengajak mandi kolam di maktab.... kali ini dia ingin mengajak rakan karibnya ikut serta.... maka aku berkubang sama mereka di kolam dan mengajak Azizul join sekali... Dalam renang bersama kami sempat berbual mengenai aktiviti yang sama pada tahun lepas.... waktu itu gigi ku pecah sebab terhantuk dasar kolam... dah setahun rupa2nya.... cepat sungguh masa berlalu...


Azizul yang sedang menanti kelahiran anak sulungnya pada pertengahan bulan Disember ini kelihatan gembira dan teruja... dia meletakkan HP nya berdekatan dengan kolam bagi memastikan dapat didengar jika ada panggilan. Semoga Azizul dikurniakan anak yang sihat... begitu juga isterinya semoga sihat sentiasa.... Azizul sendiri pun juga semoga sihat serta bertambah anaknya ramai-ramai... kerana mandi kolam bersama anak ramai-ramai memang cukup menyeronokkan.

ANAK SULUNG KU

Melihat anak sulung ku mengajar kawannya berenang.... aku merasakan bahawa anak ku ada kelebihannya sendiri... banyak perkembangan yang dilalui tanpa bantuan ku sepenuhnya.... hanya sedikit sokongan dan kerjasama dari ku sahaja.... anak sulung ku pandai berenang bukan kerana aku ajar dia berenang tetapi aku kerap membawanya ke tempat-tempat berenang.... bersama siapa dia belajar? mungkin sepupu dia... atau anak kawan-kawan aku.... atau pelajar-pelajar aku.... atau mungkin juga sesiapa sahaja yang dia jumpa di kolam, kerana budak2 sebaya dia waktu itu memang cepat berkawan walaupun baru berjumpa.... dalam diam dia pandai berenang tanpa ku sedar..... lagipun anak ku dah besar.... hmm... cepat sungguh masa berlalu... anak ku kini dah sebesar aku.....

Malam nanti dia minta aku hantarkan ke dewan kg. Air Merbau sebab nak ambil hadiah badminton, walaupun bukan juara, tetapi aku bangga kerana dia yakin untuk bermain... mungkin dia mewarisi bakat atuk dia yang dulu merupakan top player no 1 di kg dan tempat kerjanya.... mengapa aku tidak bantu anak ku sebelum ini? sedangkan maktab ada 2 dewan untuk badminton.... kalau tahun depan aku nak ajar macam xsempat sebab dia mungkin dah gi boarding school..... aduuuh... cepat sungguh masa berlalu...

ANAK KU 'ANGAH' 

Anak kedua aku dipanggil Angah... angah memang panggilan bagi anak yang nombor dua. Dia pelajar yang cemerlang.... ketika berusia 4 tahun telah bersekolah di Tadika Anati, usia 5 tahun di sekolah Tadika JAIM dan usia 6 tahun di Tadika SKAB Air Baruk.... tapi bermula 2010 pelajarannya merosot.... tahun 2011 ini dia bertambah kecewa kerana telah diturunkan ke kelas Delima (kelas no 2). Nampaknya 2012 nanti dia masih belum dapat dinaikkan ke Mutiara kelas no 1 yang pernah dia banggakan dulu.... Apakah faktor aku pindahkan sekolah JAIM menyebabkan dia berubah? memang dia menangis tak mahu pindah waktu itu..... Atau faktor kami pindah rumah dia berubah? kerana dia kata di rumah baru ini tiada kawan.....mungkin juga.... tak memadai dengan berkawan dengan abangnya sahaja.... nak bermain dengan adik? mana ada adik? Kalau aku tahu umi dia akan sakit.... dulu lagi aku pulun... he2... toksah lah umi dia gi sambung belajar... tapi apa boleh buat...  cepat sungguh masa berlalu...


Apakah Angah ini adalah benar2 bongsu? harap-harap dia dapat adik.... adik pompuan harap2nya... tapi bila? entah le.... mungkin aku kena buat sesuatu.... sebelum terlambat kerana....  cepat sungguh masa berlalu... tapi nak buat macam mana? Angah dah nak sambut besday ke 11 dah.... masih belum ada rezeki dapat adik.... sepertinya hanya aku yang boleh beri angah adik.... bukan umi dia... he2... sanggupkah aku?


---------------------------------------------------------------------------
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala