Tuesday, 6 December 2011

ORGANISASI UMPAMA MISBAHA


Misbaha, disebut dengan tasbih iaitu penghitung atau lebih khususnya adalah alat penghitung pujian.

Utas tasbih terbentuk seperti sebuah organisasi yang mana 'Penanda Mula' berperanan seperti ketua bagi sebuah organisasi, 'Penanda Sebelas' berperanan seperti ketua-ketua unit manakala biji tasbih adalah seperti ahli-ahli dalam organisasi tersebut.

sama butir tanpa 'penanda'
Perbezaan butir biji tasbih memberi faedah yang besar kerana masing-masing mempunyai peranannya. Sekiranya biji tasbih dibuat dengan bentuk yang sama maka ia tidak dapat berfungsi sebagai penghitung dengan berkesan, malah membingungkan manusia sahaja.

Oleh demikian jangan kita sentiasa mengharap rakan kita mempunyai sikap atau pemikiran yang sama dengan kita dan janganlah merungut jika ada perbezaan di antara ahli organisasi kerana rakan kita pasti ada fungsi dan peranannya sendiri.

Apa yang penting adalah masing-masing bergerak mengikut aturan dan jalan yang telah ditentukan sebagaimana biji-biji tasbih yang bergerak saat berlaku penghitungan dan pergerakkannya bukanlah bebas kerana telah diatur terikat dengan seutas tali. Semakin kuat tali yang digunakan maka makin terjamin biji tasbih tersebut dari terpisah bertaburan. Seperti ikatan dalam diri ahli organisasi dengan ikatan perpaduan semangat toleransi dan kerjasama dapat mengukuhkan organisasi tersebut.
Biji-biji tasbih tidah digerakkan kecuali dengan ucapan/lafaz/zikir yang baik-baik sahaja.... begitu juga dalam organisasi, hendaklah setiap pergerakkan adalah yang baik-baik sahaja, janganlah ada gerakan dengki dan mengkhianati....

Sesuai dengan 'tasbih' iaitu memuji.... maka dalam organisasi hendaklah diperbanyakkan kata-kata pujian dan dorongan serta sokongan bermotivasi. Janganlah suka mengucapkan kata-kata keji seperti memperli... mengutuk.... mengejek.... memperlekeh... menghasut.... dan sebagainya.
Apabila terdapat butir tasbih yang tidak bergerak mengikut tali saat penghitungan maka butir tersebut perlu diperbaiki, atau tali perlu diperbaiki, ataupun butir tersebut mesti diganti dengan yang elok.
Wallahua'lam.



Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala