Pagi ni aku rasa bersalah... namun tak puas hati kerana....
Tiiinnn... tiiinnn... "Ini simpang! Jangan turunkan orang di sini!" kata-kata agak keras diucapkan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu kepada aku ketika aku menurunkan anak untuk ke sekolah.
Memang benar aku bersalah... tetapi berapa lama sangat le masa yang diambil untuk aku berbuat demikian... berbanding jika aku ikut deretan kereta lain yang pasti akan melambatkan kawasan sekolah itu 'clear'. Aku hanya hantar seorang anak, anak aku turun dan aku blah... selesai! Aku pun tidak menghalang laluan...
Ketika aku mengarahkan anak aku turun ada sebuah Viva melepasi sebelah aku... kemudian sebuah Camry baru berkilat warna putih dipandu oleh lelaki India melepasi sebelah aku... aku sempat melihat wajah India itu tersenyum dan berhati-hati memasuki simpang.... memang aku dah menghitungkan agar aku tidak halang laluan.... India itu membelok ke simpang untuk menghantar anaknya di SRJK Tamil di situ.
Kemudian datang sebuah Inspira merah memasuki simpang yang sama.... takut dan teragak-agak untuk melepasi sebelah aku.... dalam hati aku berkata "lepas... Camry tadi ok jer..." tiba-tiba terpacul satu raut wajah Melayu dengan suara yang agak keras " ni simpang! Jangan turunkan orang di sini "
Aku hanya diam sambil menjawab di dalam hati "Melayu sombong... baru pakai Inspira dah berlagak... India tadi boleh plak bersopan dengan Camry nya"
Setelah meneruskan perjalanan... aku teringat ketika tahun 80an dulu... aku menjadi caddy... golfer yang sombong tak ramai... dan yang tak ramai itu kesemuanya adalah Melayu.... kenapa?
Di atas jalan raya kadang-kadang 'kearifan lokal' diperlukan... macam di Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara...
Tuesday, 10 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
-
Kawan-kawan ramai yang tanya.... ada buat program khidmat masyarakat antarabangsa tak tahun 2013 nanti... aku tak tau nak jawab... bergantun...
-
Hubungi 0126561520 untuk makluman stok dan harga. Bermula dengan dua ekor anak arnab hadiah untuk anak saya. Setelah membesar dan beranak s...
-
PROGRAM PENDIDIKAN GLOBAL DAN KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA anjuran Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Maktab Rendah Sains ...
-
Hari ini hari kelima sessi latihan KKU di Kompleks JPAM Ayer Keruh Melaka.... Kadet dan SISPA keletihan dan kadang-kadang tertekan... selain...
-
NGV dah ada banyak... dah tak susah macam dulu.... Aku mula pakai NGV pada tahun 2006 kerana berulang ke Pulau Pinang dari Melaka hampir du...
-
Tahun ni dah 11 tahun aku duduk di Jasin Melaka.... oleh kerana kg aku di Johor banyak perusahaan kerepek dan biskut raya.... maka setiap t...
-
lihat juga : http://homeroomabi.blogspot.com/2011/12/fathi-ihsan.html Maafkan Abi, Ihsan.... abi xsempat menemui mu buat kali terak...
-
Seorang pekerja lanskap di MRSM Tun Ghafar Baba telah diserang penceroboh yang mengganas. Mangsa yang tercedera telah mendapat rawatan awal...
-
Memang terbaiek...kartun nih... anak bujang aku tengok berulang2 pun xjemu... hmmm apa la... boboi boy....
daftar isi
Loading...
0 comments:
Post a Comment