- Tegur dan sentuh dengan lembut apabila pasangan anda pulang ke rumah. Tinggalkan seketika kerja yang sedang dilakukan dan berikan tumpuan kepadanya.
 - Luangkan masa berkualiti bersamana sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
 - Puji pasangan dengan ikhlas.
 - Apabila bantuan anda diperlukan, berilah dengan segera tanpa banyak bicara.
 - Peluk pasangan dengan penuh kasih sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.
 - Elakkan mengganggu pasangan terutamanya ketika dia sedang melakukan kerja-kerja yang memerlukan penelitian.
 - Jangan menjawab ketika pasangan sedang marah, sebaliknya diam dan dengarkan bicaranya.
 - Berilah sokongan yang kuat terhadap kerja yang sedangpasangan anda dilakukan.
 - Elak dari kerap menghubungi pasangan di tempat kerjanya.
 - Sentiasalah berdoa agar pasangan anda sentiasa mencintai anda.
 
Sumber : Majalah Wanita, Disember 2011

0 comments:
Post a Comment