Sunday, 29 January 2012

WANITA ADALAH CIPTAAN YANG TERINDAH

Wanita adalah ciptaan yang paling indah di dunia ini.

"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah adalah wanita solehah"  -riwayat Muslim

Tidak semua wanita di dunia ini indah, sebaliknya fahamilah bahawa yang dimaksudkan wanita yang indah menghiasi dunia adalah wanita solehah.

Begitu juga lelaki yang memakmurkan dunia ini adalah lelaki yang soleh.

Di antara tanda-tanda individu soleh atau solehah adalah berakhlak mulia.

Oleh itu jom kita berakhlak mulia agar kita 'berharga' di dunia ini manakala di akhirat nanti kita di antara yang paling hampir dengan Rasulullah saw.

"Orang yang paling aku cintai dan yang paling terdekat dengan ku pada hari kiamat ialah orang yang terbaik akhlaknya" -riwayat Bukhari


CONTOHI 10 AKHLAK RASULULLAH


  1. SABAR, membuktikan diri kita mampu menerima takdir dan ketentuan tuhan.
  2. MEMAAFKAN, menjauhkan kita dari perkataan dan perbuatan yang tidak sopan.
  3. MALU, sebahagian dari iman, mendorong diri sentiasa menjaga dan berhati-hati sebelum membuat tindakan.
  4. PEMURAH, menambah kawan dan merapat tali persaudaraan.
  5. MENGUTAMAKAN ORANG LAIN, tanda memuliakan dan mengasihi, hanya yang memuliakan akan dimuliakan dan yang mengasihi akan dikasihi.
  6. BERCAKAP HANYA PERKARA YANG BAIK, mendamaikan jiwa kita dan orang lain. Lebih baik diam bagi mengelakkan menipu, mengumpat dan memfitnah.
  7. ADIL, ciri peribadi muslim sebenar.
  8. BERBAIK SANGKA, memadam dendam dan menjamin jiwa tenang.
  9. RINGAN TANGAN, menghulurkan bantuan berupa material, tenaga atau lisan. Ikhlas dan ihsan mudah terlihat dengan ringan tangan.
  10. SERBA SEDERHANA, cara terbaik dalam kehidupan, berkongsi dengan insan yang memerlukan dari bermewah atau bermegah adalah kemuliaan dan bijaksanaan.

hiasan dunia yang terindah

----------
sumber : Nur, Dis. 2006

lihat juga : http://ellorukaini.blogspot.com/2011/01/dunia-ini-penuh-perhiasan-dan-perhiasan.html
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala