Julai 2003, aku diundang masuk ke kuarters ketua warden kerana aku diberi amanah sebagai ketua warden.
Batch 2004/05 adalah batch yang aku terima sejak awal pendaftaran mereka ke tg. 4. So bagi mereka aku adalah ketua warden yang terpaksa mereka terima seadanya. Manakala bagi aku batch inilah yang bersih olahan aku sebagai ketua warden yang akan mengatur dasar dan budaya pelajar di MRSM Jasin waktu itu.
Maaflah kerana pada waktu itu aku agak zalim dan kasar.... tetapi aku buat tu semua adalah untuk masa depan mereka juga. Bagi aku sesiapa yang ingin bersama menjadi warden dan membimbing pelajar aku alu-alukan, bagi mereka yang tak mau tak payah susah-susah ikut.
Beruntungnya aku pada waktu itu adalah ketua pelajar, ketua BADAR dan ketua LDP memang memainkan peranan yang seiring dengan kehendak warden.
Kini 7 tahun telah berlalu... mereka telah pun memilih haluan sendiri, tugas ku yang dulu telah berlalu, semoga mereka terus mengingati didikan kami agar terus beroleh rahmat Ilahi.
0 comments:
Post a Comment