Saturday, 28 January 2012

KEBETULAN BERHIKMAH

Kebetulan yang berlaku di sekeliling kita ada banyak hikmahnya.

Saya nak kabo di sini tentang 3 kebetulan yang penuh hikmah.


  1. Aku dan biras ku sama tarikh lahir 22 Januari, kami famili berkumpul.
  2. Kak Mona dan Zul sama tarikh lahir 27 Januari, kami warden-warden berkumpul
  3. Reunion bekas pelajar 2005, kami warden dapat berkumpul dan pelajar dikumpul di surau bersama senior mereka.


Sanbutan Hari Lahir

22 Januari yang lalu adalah hari lahir ku yang ke 41.... hmmm... dah tua dah aku ni...tapi misi macam belum selesai...

Apa yang menarik pada 22 Januari lalu adalah pulang ke kampung meraikan hari lahir ku. Pada awalnya aku telah merancang dengan famili untuk ke Pizza Hut Ayer Keruh sebab dah berlambak Hot Ticket Pizza Hut. Tetapi kerja aku yang melibatkan HRMIS belum selesai, maka aku mesti menunda hasrat ke Pizza Hut.

21 Januari 2012

Aku : Macamnya kerja abi tak boleh siap hari ni, so besok malam je lah kita gi pizza.
Razin : Boleh.... kupon pizza tu laku sampai bulan dua.

Isteri aku mencelah dari dapur ;

Umi : Bang, dia orang minta kita balik kampung esok, buat sambutan hari lahir ramai-ramai.
Aku : Habis kerja abi camne? kalo ada broadband xpe la juga....
Umi : Kita hadir jap... pastu gi la rumah Bang Mai ada Streamyx sana....
Aku : Majlis tu kul bape?
Umi : Pagi. Diaorang beria-ria nak raikan... takkan yang dirai xmau datang... xelok le...
Aku : OK... packing la... tapi kalo xdpt tumpang internet kita balik Jasin petang esok gak.

Kak Hanim, isteri kepada abang long

Aku, suami kepada kak ngah

Liza, tunang adik ipar aku (Hafiz)

Kami bertiga adalah biras (yg tunang kira biras juga la.....) mak mertua aku dan Hafiz yang merancang majlis ni pada 22 Januari kerana aku dan kak Hanim memang lahir pada tarikh yang sama, Liza diraikan juga kerana dia lahir bulan yang sama, Januari.

Dah banyak kali kerabat bini aku buat sambutan 22 Januari ni.... biasanya apabila tarikh tersebut jatuh hujung minggu atau hari cuti.

Tahun ni bertambah satu lagi orang yang dirai iaitu Liza, moga mereka selamat diaqad pada bulan enam nanti.

Mak mertua aku selalu memanggil anak-anaknya dan pakcik makcik dia orang untuk meraikan hari lahir mereka. Ini adalah cara paling berkesan aku lihat dalam mengeratkan pertalian nasab keluarga.

Aku pun nak ajak warden buat juga lah....

27 Januari... Zul dan Kak Mona

Kak Mona

Zul

Tahun lepas semua warden berkumpul di cafe selepas tamat program di surau bertepatan 22 Januari dan meraikan aku dan Kak Mona. Tahun ni pula dah bertambah Zulkifli Yasok yang sama lahir dengan Kak Mona 27 Januari.....

Bacth 2005

Kami bersembang berborak bergelak kami ramai-ramai di bilik gerakan warden.... budak-budak semua dah kamilonggokkan kat surau dan dilayan oleh.... ;

Group SPM 2005

 Budak-budak diberi slot forum oleh senior, satu persatu senior dipanggil duduk di kerusi yang disediakan, doktor, jurutera dan macam-macam lagi profesion yang disebut. Kepada budak-budak yang sedang nak duduk SPM boleh le tanya abang dan kakak senior berkaitan lanjutan pelajaran dan bidang profesion yang diminati.
Blog This!

0 comments:

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala