Setelah berpuluh tahun makan gaji, INIKALILAH aku dapat melancong, itu pun dalam Malaysia dan sekitar negara jiran sahaja.
Setiap kali hendak berpergian aku akan mohon restu ayah ibu, keberkatan doa mereka aku selamat pergi dan balik.
Terdetik di hati untuk mengisi masa lapang ayah dan ibu dengan menziarahi tempat-tempat indah ciptaan tuhan.
Tidak mungkin aku menjejaki kaki ke sana kalau tidak bermula dengan pengorbanan ayah dan ibu.
Bukan ingin membalas jasa ayah ibu kerana itu pasti tidak mampu hanya ingin memberi tahu......
ini adalah sebahagian dari apa yang pernah ayah dan ibu berkorban suatu waktu dulu.
Hidup umpama roda, usia begitu jua,
Semakin bertambah usia, hampir mencukupi bulatan roda,
Kelahiran bayi boleh dijangka, kematian banyak yang tiada diduga,
Anak-anak adatnya meminta, orang tua diberi menerima tanpa ditanya,
Berikanlah apa yang anak anda inginkan jika ia layak..... Sebelum menyesal apabila anak tidak lagi meminta kecuali doa,
Berilah apa yang anda mampu untuk anak.... Di hujung usia nanti anda diberi tanpa diminta,
Tidak memadai memberi sebelah telinga, kerana dua telinga itu bersamanya wajah berharga,
Mendengar tanpa memandang berakhir dengan pandangan anda tidak didengar,
Sekian.
0 comments:
Post a Comment