Wednesday 4 December 2013

PAK CIK NAK TUMPANG?


Hj. Rashid (bukan nama sebenar) telah aku tumpangkan menaiki kereta ku ke pekan. Sepanjang perjalanan kami berbual, kebanyakkan kisah yang dibicarakan adalah pengalaman Hj. Rashid.

Hj. : Terima kasih nak..... kalau nak tunggu bas mungkin lambat lagi, pernah dua jam tunggu bas xde.
Aku : Kebetulan saya lalu sini... memang kat sini bas susah, dua jam sekali....

Hj. Rashid berminat untuk mengenali aku serba ringkas, maka beberapa soalannya aku jawab dengan jujur :
  • Anak kerja di mana?
  • Memang orang sini ke?
  • Duduk di mana?
  • Anak berapa?
Hj. Rashid terus berbicara sehinggalah dia bercerita tentang pengalamannya :

Hj. : Dulu saya ada kereta, tapi dah jual, beli motorsikal cash tapi hilang kena curi
Aku : Hilang di mana tu haji?
Hj. : Di rumah, sudah kunci.... mangga dengan rantai lagi.... tapi apa nak kata... 4000 lebih tu... baru...

Aku diam seketika dan buat muka simpati...

Aku : Habis report polis tak?
Hj. : Kemudian ada datang satu famili.....

Dalam hati aku berkata "aiieek...? tetiba jer orang tua ni cerita lain?"

Hj. : Itu jam kita pun tak sampai hati... mak bapak dia janji nak bayar balik rugi... report kita tariklah....
Aku : Oh, dapat balik lah....
Hj. :  Tapi 400 jer yang dibayar, sampai ini jam mak bapak dia buat macam tak kisah nak bayar lagi...

Hj. Rashid terus bercerita pengalaman kerugian yg telah ditempuhi :

Saya minum di warong depan kampung tu, ade la.... juru jual bagi macam surat cerita nak buang toksid dalam badan ikut kaki. Saya nak cuba tapi orang tu cakap tak boleh buat di warong.... "Rumah pak cik jauh ke? Yang elok buat di rumah pak cik", eh! tau2 dah selesai tu dia kata kena bayar RM1600.... anak saya marah.... anak talifon minta pulang duit tapi tak dapat sebab nombor tu syarikat lain.

Aku mencelah bagi menunjukkan minat untuk mendengar...

Aku : Anak pak cik berapa orang? (pancing sikit le... bagi pak cik syok bercerita)
Hj. : Anak saya tiga orang yang dengan arwahnya, dengan isteri muda lapan orang. Tapi saya duduk sorang di rumah, anak sibuk masing2 sendiri...
Aku sempat menjeling kat pak cik tu... muka sedih jer... sambil aku pancing lagi :
Aku : Isteri kedua pak cik kat mana?
Hj. : Ade.... di kampung 'sekian' kat sini ha.... saya ada bawa kain baju ke sana, tapi dia kata kenapa balik? Dia halaunya saya. Saya mengadu dengan imam... saya dan imam pun dihalaunya. Bila ke pejabat agama, dia kata apa dah tua2 nak bercerai... malu lah....
Aku : Macam marah sangatnjer... mesti ada sebab...
Hj. : Kemarin saya keluar rumah tu sebab nak jaga bini yang sakit sebelum meninggalnya.... ye lah nak buat mcmane dah nak jadi cerita...
Aku : (kelu tak terkata)
Mungkin sebab pak cik tu lihat aku terdiam... dia pun mula semula :
Hj. : Anak ada brp anak?
Aku : Dua...., lelaki 14 tahun dan lelaki 12 tahun....
Tidak sempat bercerita lebih panjang, kami dah pun sampai pekan.... pak cik tu ajak aku minum pagi bersama tetapi xboleh le.... sbb aku kena masuk maktab selewat2nya 8.00 am....
Dari pekan ke maktab aku terfikir sendiri.... hm... sebelas anak tapi duduk sendiri.... ada isteri tapi dihalau..... jaga isteri pertama hingga akhir hayatnya.... Akhirnya sepi terpinggir sendiri....
Betapa pentingnya didikan agama kepada anak dan isteri..... Isteri yang halau suami tak akan cium bau syurga... Tapi terkadang isteri berperangai kapir adalah berpunca suami yang gagal mendidik isteri dengan didikan agama.
Blog This!

2 comments:

Ateh Salim said...

Seronok juga baca pengalaman Ijam ni..

Nizam said...

Pengalaman dengar pengalaman orang Pak Lang...
Pengalaman saya belum lagi... he2... harap lebih baik...

Blog Archive

Popular Posts

daftar isi

Loading...

Hamster

Sepasang Ikan Hijau

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Diberi kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

RATE MY BLOG

ASK ME

chat zone


Click... if U like...

FEEDJIT Live Traffic Feed

Telinga Berpahala