CERIA DALAM KELETIHAN
Alhamdulillah, pendaftaran pelajar baru tingkatan empat di MRSM Tun Ghafar Baba telah berjalan dengan baik dan lancar, semua pihak telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik.
Bermula dengan urusan pendaftaran, taklimat pengetua dan pertemuan homeroom pertama kelancaran dan keselesaan semua pihak adalah terkawal.
Ibu bapa yang keletihan tetap menzahirkan wajah yang ceria dan berseri-seri kerana anaknya diterima masuk belajar di sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia. Tepukan gemuruh hadirin menggegarkan Dewan Bendahara ketika Dr Mariam menyenaraikan kecemerlangan-kecemerlangan MRSM TGB dalam sesi taklimat beliau. Disokong oleh mantan Yang Dipertua MUAFAKAT (PIBG) yang menerajui MUAFAKAT MRSM TGB selama sepuluh tahun iaitu Datuk Sulaiman yang hadir mendaftar cucunya.
Guru-guru yang semestinya keletihan beberapa hari sebelum hari pendaftaran bertambah ceria apabila dipuji menggunung oleh Datuk Sulaiman ketika simbolik penyerahan pelajar baru tingkatan empat dari ibu bapa kepada Dr Mariam mewakili pihak MRSM TGB.
MALAM PERTAMA
Selepas solat Isya, malam pertama pelajar baru dimulai dengan sesi mesra bersama TPHEP En. Ahmad Shariff.
Sepanjang taklimat TPHEP para pelajar baru menzahirkan pelbagai reaksi wajah dan memberikan gambaran perasaan yang bermacam-macam di antara mereka. Ada yang kebimbangan, ada yang kegembiraan dan ramai yang keletihan..... dan oleh kerana penulis pun keletihan, maka post ini akan disambung kemudian insyaAllah.....
6 comments:
Alhamdulillah..semuga lancar semua
Harap ustaz dapat update selalu..kami ibubapa duduk jauh boleh tau perkembangn anak2..tq
Insya Allah...
Saya usahakan untuk berkongsi...
Semoga MRSM TGB terus melakar kecemerlangan menghasilkan modal insan yg berkualiti..
Anak sy baru mendaftar pd 5 Mac 2014 yg lalu seramai 20 orang. Semoga mereka jugak akan dapat menyesuaikan diri dgn enviromen & suasana di TGB.
Teringat 8 tahun yg lalu daftar masuk mrsm. Alhamdulillah dapat straight A1s dan melanjutkan pelajaran ke Australia.InshaAllah lagi beberapa bulan saya akan grad dan bergelar doktor :)
Post a Comment